PELITA MINYAK

Ada orang berkata , guru adalah seperti sebatang lilin..

“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!”, itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Sebagai lilin-lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi. Simbol pengorbanan.

JANGAN JADI LILIN YANG TERBAKAR ,JADILAH PELITA MINYAK

Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sekejap. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.




Comments :

0 comments to “PELITA MINYAK”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...