Peter Mortimore (1995) dari Universiti London. Beliau telah membentangkan kertas kerja yang berjudul Key Characteristics of Effective Schools. Dalam kertas kerja beliau, Mortimore menyenaraikan 11 ciri sekolah berkesan seperti berikut:
(1) kepimpinan profesional,
(2) perkongsian visi dan matlamat,
(3) kewujudan budaya pembelajaran,
(4) penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran,
(5) pengajaran bermatlamat,
(6) pengharapan yangtinggi,
(7) pengukuhan yang positif,
(8) pemantauan terhadap perkembangan,
(9) hak dan tanggungjawab murid,
(10) permuafakatan rumah-sekolah, dan
(11) organisasi dinamik.
Menurut Ahmad (1991), Pengetua hendaklah menunjukkan kemampuan bekerjasama dalam mengurus organisasinya menuju matlamat yang dicita-citakan. Hal ini tidak akan tercapai melainkan wujudnya jalinan yang erat antara pemimpin dengan pihak yang dipimpin tanpa adanya garis pemisah antara satu sama lain. Apa yang lebih penting lagi ialah seseorang pengetua itu mampu bertindak sebagai model terbaik kepada guru dan pelajar. Sekiranya pengetua gagal memainkan peranan ini, maka agak sukar segala perubahan dapat dilakukan di sekolah kerana tanpa contoh teladan yang terbaik akan menyebabkan guru dan pelajar kurang menghormati pengetua. Keadaan ini boleh menyebabkan guru dan pelajar tidak bersungguh-sungguh melaksanakan arahan dan perancangan pengetua. Keterbukaan komunikasi oleh pengetua ini akan menghilangkan rasa ketidakpuasaan hati di kalangan guru atau pelajar. Keadaan ini sangat membantu peningkatan motivasi kepada guru untuk melaksanakan tugasan pada tahap yang terbaik dan pelajar pula akan belajar dengan bersungguh-sungguh.
Selain pengetua, semua guru perlu bekerjasama memberi perhatian kepada perkembangan pelajar supaya mereka dapat mengikuti sepenuhnya matlamat kurikulum di sekolah. Untuk mewujudkan suasana perbincangan yang mesra, pihak sekolah perlu menganjurkan aktiviti yang berbentuk pembinaan kumpulan supaya setiap individu di dalam sekolah tersebut mempunyai ikatan kekitaan dan ini menghilangkan perasaan individualistik. Apabila wujudnya ikatan ini, semua pihak akan bertanggungjawab apabila menghadapi satu-satu masalah dan ini menghalang sikap saling menyalahi antara satu sama lain. Sikap bekerjasama akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung akan menimbulkan keyakinan dan kepuasan kerja. Keadaaan ini akan menjadikan guru-guru sentiasa bersemangat untuk memberikan komitmen yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantu
meningkatkan motivasi pembelajaran.
Komitmen guru yang tinggi terhadap sekolah adalah antara ciri terpenting iklim sekolah berkesan. Guru merupakan faktor paling penting dan menjadi tunjang kepada sekolah berkesan kerana guru merupakan juruteknik yang bertanggungjawab terhadap core business of schools, khususnya pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran dan bimbingan. Seseorang guru yang baik ialah guru yang memiliki tahap disiplin kendiri yang tinggi dan sifat ingin melakukan kebaikan kepada orang lain. Guru-guru yang bersifat sebegini akan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan pembentukan akhlak pelajarnya.
Oleh yang demikian, antara tindakan yang perlu dilakukan oleh guru adalah
(1) dengan mengadakan perancangan awal untuk menyesuaikan isi pengajaran dan penilaian dengan kebolehan pelajar,
(2) sentiasa memberi panduan kepada para pelajar tentang tindakan yang perlu dilakukan untuk mendapat pencapaian yang baik,
(3) memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukannya terutama dalam soal pengajaran dan pembelajaran,
(4) memastikan rancangan pengajarannya sentiasa menarik,
(5) mencabar kemahiran pelajar-pelajar terutamanya kemahiran berfikir.
SEKOLAH BERKESAN
Rosli Ab.Ghani, Tuesday, November 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment