SAYA teruja dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini berdasarkan perincian yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran berkaitan dengan keputusan peperiksaan berkenaan.
Lebih membanggakan calon yang menjawab mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris meningkat lebih 200 peratus bagi mata pelajaran Matematik dan 100 peratus bagi Sains berbanding tahun lalu. Ia lonjakan perlu dibanggakan.
Saban hari di media massa diuar-uarkan berita kejayaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik. Tokoh akademik, ibu bapa dan menteri turut memberi ulasan kejayaan dasar pendidikan berkenaan.
Sebagai seorang ibu prihatin saya inginkan ketelusan pihak berkenaan menyatakan perincian yang tepat, bukan sekadar hendak menggembirakan pembina dasar pelajaran dan menyenangkan hati ibu bapa.
Diminta pihak berkenaan menyatakan pencapaian pelajar yang sebenarnya dalam peperiksaan berkenaan.
IBU 5A,
Kuala Kubu Bharu, Selangor.
KELUARKAN KEPUTUSAN UPSR YG SEBENAR
Rosli Ab.Ghani, Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment