Jepun terbukti sebuah negara yang sangat maju dalam sains dan teknologi. Demi untuk memberi peluang kepada pelajarnya menghayati sains dan math sehingga lahir pemikiran sains dan pemikiran math , mereka menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa untuk mengajar sains dan math walaupun BI tidak di abaikan.
Keberkesanan penguasaan BI menekankan kepada penguasaan grammar , communicative approach dan authentic material. Semua itu dapat di laksanakan di kelas BI bukannya di kelas sains dan maths. Penguasaan BI tidak ada kaitan menghafal istillah sains dan math dalam bahasa inggeris. Pengajaran sains dan math dalam BI malah menhancurkan pengajaran math dan sains kepada satu suasana yang membinggungkan dan membosankan.
Sains dan math pula bukan hanya terhad kepada menhafal istillah dan fakta tetapi lebih kepada melahirkan insan sains math yang dapat mencabar theory lama dengan pemikiran baru. Meletakkan halangan bahasa kepada pengajaran Sains dan math adalah silap dan satu kecelakaan. Itu lah sebabnya ibu bapa telah mengambil langkah drastik mengadakan demo aman untuk menentang dasar yang menhancurkan pelajaran anak mereka.
PPSMI memang memeningkan kepala
Rosli Ab.Ghani, Friday, March 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment