Chai menulis dia “…agak keliru dengan pengertian garis nod dan garis antinod
dalam interferens gelombang”.
Ahmad menulis dia “..tidak faham akan corak interferens dan tidak tahu bagaimana
nak lihat dan nak kira nilai x .”
Faiz mengaku bahawa “ Saya tidak memahami cara penggunaan rumus v = fλ .”
Dilla merungut bahawa “ ..tajuk gelombang adalah tajuk yang susah difahami dan membosankan.”
Refleksi Saya
Saya gembira bila pelajar dapat menyatakan dengan khusus masalah
pembelajaran mereka. Jadi bagi pelajar seperti di atas, saya minta mereka jumpa saya
untuk penerangan lanjut. Namun saya rasa kecewa dengan pelajar seperti Danial
yang hanya tulis “Pada minggu yang lepas, saya tidak faham apa yang cikgu ajar.”
Sebagai manusia biasa, sememangnya ego saya tersinggung. Adakah ini bererti saya
gagal melaksanakan tugas saya? Nasib baik ada pelajar yang memberi pandangan
yang berbeza. Fong T.J. berkata “Saya dapat faham pengajaran guru.” Maka saya
merumus bahawa masalah itu mungkin bukan berpunca daripada saya sahaja. Saya
mesti menerima hakikat bahawa wujud perbezaan individu di kalangan 76 orang
pelajar. Ada setengah-setengah pelajar perlu diberikan perhatian yang lebih.
Kategori : Pengajaran Yang Membosankan
Catherine menulis “suasana pembelajaran agak membosankan.”Riz menulis “..sewaktu cikgu mengajar, saya sudah berasa bosan dan mula tidak dapat menumpukan perhatian.” Lee berkata “..pengajaran..kadang kala akan bosan setelah lama mendengar…” Bong pula berkata “Pengajaran cikgu agak memuaskan tetapi kadang kala bosan juga..”
Refleksi Diri
Saya hairan mengapa ramai yang bersungut bahawa pengajaran saya
membosankan. Saya selalu menganggap diri sebagai seorang guru yang tiada masalah
dalam penyampaian. Saya telah bertugas selama 23 tahun mengajar Physics.
Bagaimana pengajaran saya boleh membosan? Sekali lagi ia adalah
suatu tamparan kepada ego saya. Reaksi pertama adalah untuk menuduh pelajarpelajar
ini sebagai pelajar yang tidak berminat, tidak tahu mengenang budi…dan lainlain.
Namun bila dibuat refleksi secara tenang, saya sedar bahawa pelajaran yang
dikata bosan ialah pada masa apabila saya terpaksa menerangkan teori dengan
panjang lebar. Memang benar apa yang ditulis oleh Bong S.L. bahawa “..eksperimen
tidak dijalankan.” Tetapi keadaan ini tidak mudah dapat diperbaiki kerana dalam
mata pelajaran Fizik, sememangnya ada tajuk-tajuk yang abstrak. Saya perlu
menggunakan analogi konkrit dalam penerangan saya. Mungkin juga saya perlu
menambahkan selingan gurauan. Buah fikiran ini disokong oleh Carl D. yang komen
bahawa “..lawak jenaka cikgu menceriakan suasana kelas yang senyap”.
REFLEKSI
Rosli Ab.Ghani, Thursday, March 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment