KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka

kami ungkapkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu….Membina….

Negara yang tercinta

Amanah yang diberi

kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

Inilah lagu guru malaysia yang baru kami nyanyikan disambutan hari guru MRSM Transkrian.Terasa gembira juga bila pelajar-pelajar mengucapkan "Selamat Hari Guru Cikgu".malam tadi hampir tidak boleh tidur juga dibuatnya bila bekas -bekas pelajar menghantar sms selamat hari guru. seronok tapi dalam hati kami siapa yang tahu .... kadang-kadang dalam keikhlasan mengajar dan mendidik ada saja yang tidak kena , adakah ibubapa sekarang mahu menyerah kepada guru bulat2 dalam hal mendidik anak-anak ni ,, mungkin ibubapa hanya melahirkan saja tapi yang mengajar dan mendidik semuanya diletakan kepada bahu guru.

Walaubagaimanpun disini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat hari Guru "kepada diri aku dan rakan-rakan sekerja semuanya diseluruh malaysia.

"GURU... Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina... Berbahagialah menjadi GURU... Selamat Hari Guru Semoga sukses dan dilindungi Allah SWT"

"Bad TEACHER complains, Good TEACHER explains, Better TEACHER demonstrates, Best TEACHER motivates, Great TEACHER inspires...
HAPPY TEACHER'S DAY..."

Comments :

1
Zatiesiska Abdul Rahman said...
on 

happy teacher's day cekgu :D

tq ajar saya fizik :)

-bekas student 4delta 2005

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...