PENGETUA OH PENGETUA

Rasanya ingin aku mencatat serba sedikit mengenai pengetua.kadang-kadang hati ini agak terguris dengan sikap dan cara pengetua menangani sesuatu masalah.Akur aku dengan kata-kata "pengetua tetap pengetua" dan perlu dihormati dan patuh kepada apa saja arahan yang diberikan tapi adakah itu semestinya.

Pengetua adalah pemimpinan dalam sebuah sekolah , beliu mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan.Kepimpinan sebuah sekolah sangat berbeza dengan cara memimpin disebuah kilang.

Sekolah, adalah institusi di mana berlakunya peringkat perlaksanaan segala dasar, polisi dan inovasi pendidikan. Oleh itu instutisi sekolah memainkan peranan penting. Sebarang dasar atau inovasi pendidikan yang dilaksanakan di peringkat sekolah memberikan kesan terhadap tingkah laku guru. Keadaan seperti ini mengujudkan tekanan dan kekangan terhadap kerja guru yang menjadi penentu terhadap keberkesanan perlaksanaanya.Dalam kajian mengenai kepimpinan (Stogdill, 1974, Edmond, 1979, Nor Azian, 1994), pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesabuah organisasi. Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Peranan pengetua dalam menangani pelbagai masalah yang melibatkan sama ada kakitangan di bawah pimpinannya, komuniti di dalam atah di sekitar sekolah, atau pun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi sekolah.

Pengetua sekolah di Malaysia bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan sekolah termasuklah (Hussien, 1993, p 21):
(a) berusaha bagi mencapai dasar pendidikan diperingkat sekolah;
(b) mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum,
kebajikan pelajar, guru dan staf sokongan sekolah;
(c) menyediakan khidmat bantu yang secukupnya bagi
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran; dan;
(d) mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah


Manakala tugas pengetua pula seperti yang disediakan oleh Bahagian
Sekolah meliputi tujuh bidang utama iaitu:
(a) Pengurusan kegiatan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal
pelajar.
(b) Pengurusan sekolah (pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan
perjawatan)
(c) Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
(d) Perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
(e) Kemajuan sekolah
(f) Pengajaran
(g) Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan.

Pengetua Sebagai Pengurus Guru
Kepimpinan dalam mana-mana organisasi, beroperasi melalui orang lain. Dalam konteks sekolah, guru lah yang menjalankan arahan Kementerian melalui ‘empowerment’ dari pengetua. Dengan kesedaran bahawa guru merupakan asset sumber manusia yang penting, pengetahuan tentang pengurusan kemanusiaan amat penting, supaya tidak wujud tekanan dan kekangan keterlaluan antara guru-guru di sekolah. Dalam perlaksanaan kurikulum baru, pihak yang mendapat kesan ialah murid, sementara yang terlibat dengan perubahan ini ialah guru. Menurut Hord (1986) sebarang perlaksanaan ke arah perubahan ini hendaklah dilakukan secara bijaksana dengan mengambil kira usaha sama antara pemimpin dengan stafnya (guru). Kegagalan dalam menangani masalah seperti keperluan asas guru samaada dalam bentuk material dan psikologi boleh membantutkan ke arah usaha ini secara berkesan.

Dalam melaksanakan tugas, pengetua perlu mempunyai kebolehan mengurus pelbagai peranan yang mereka perlu lakonkan dalam proses perlaksanaanya (Small, 1974). Oleh hal yang demikian, kemahiran pengetua dalam ‘membaca’ segala aspek dari guru di bawah pimpinannya adalah penting, ini termasuk kemahiran yang ada sesuai dengan tugas yang dipikul, pengagihan tugas, sikap, keperluan perlulah diambil kira, supaya tekanan yang timbul daripada konflik peranan tidak timbul.

Kepimpinan Pengetua Penggerak Keberkesanan Organisasi
Kecermerlangan sesebuah sekolah berpunca kepada kepimpinan pengetuanya. Menurut Tay (1984) kejayaan sistem pentadbiran sebuah sekolah bergantung kepada kualiti kemudahan dalam sekolah, kualiti kurikulum, sumber pengajaran, kualiti kepimpinan pengetua dan kemahiran profesional guru-gurunya. Menurut beliau, pembentukan organisasi sekolah berkesan sangat bergantung kepada kepimpinan pengetuanya. Stoghill (1974) pula menyatakan kepimpinan yang cekap dan berkesan akan dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Ini disebabkan tingkah laku dan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh seorang pemimpin itu akan mempengaruhi suasana dan semangat kerja pekerja-pekerja di bawahnya.
Edmon (1979) merumuskan bahawa salah satu daripada lima ciri sekolah berkesan adalah keutuhan pimpinan pengetua. Pernyataan ini disokong oleh Nor Azian (1994) yang menyatakan bahawa kepimpinan pengetua merupakan salah satu aspek penting dalam pencapaian kecermerlangan sekolah.

Guru merupakan sumber tenaga manusia terpenting dalam pendidikan. Jika sumber tenaga ini tidak diuruskan secara bijak, banyak permasalahan akan timbul. Sejak kebelakangan ini ketidakpuasan kerja di kalangan guru semakin ketara. Antara puncanya ialah tekanan kerja yang wujud dari pelbagai tugas baru serta agihan tugas yang tidak adil dikalangan guru, ada guru yang hampir rebah dibebani dengan tugas luar dari P&P sementara yang laian ada guru yang hanya menjadi pemerhati sahaja (dia tak diberi tugasan kerana kalau diberipun dia tak buat ...)

Peranan kepimpinan pengetua dalam melaksanakan program di sekolah adalah penting. Pengetua berperanan sebagai penyederhanaan tekanan kerja guru. Corak kepimpinan pengetua yang sesuai dapat meningkatkan prestasi guru seterusnya meningkat keberkesanan organisasi sekolah. Sebaliknya corak kepimpinan pengetua yang tidak sesuai akan mengujudkan hubungan yang kurang baik dengan guru. Ini menjadi punca tekanan kepada guru. Kajian menunjukkan bahawa tekanan yang berlebihan kepada guru boleh menjejaskan keberkesanan organisasi.

Seorang pengetua seharus nya mempunyai sikap yang disenangi oleh guru-guru agar segala kerja yang dirancangkan mendapat kerjasama yang baik serta dapat membentuk satu teamwork yang berkesan.Janganlah terlalu berkira dan bersikap "queen control" kerana oini akan menyebabkan guru-guru bosan dan mengambil sikap berkira dalam kerjanya akhirnya tentulah kesannya diterima oleh pelajar juga.

Pengetua dianggap sebagai nadi sesebuah sekolah di mana sekiranya corak kepimpinannya dapat memberi kepuasan kepada semua kakitangannya yang terdiri dari guru-guru dan bukan guru akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung prestasi guru dan kakitangan lain akan meningkat

Disini saya perturunkan satu catatan dari seorang pengetua (petikan dari catatan pengetua 6)

Memenangi hati Guru. Mengikut Kauzes dan Posner (1995) salah satu amalan utama seorang pemimpin dalam melaksanakan perubahan ialah dengan memenangi hati orang yang dipimpin. Aku sememangnya memberi perhatian dalam hal memenangi hati guru-guru ini. Aku tak boleh buat kerja untuk meningkatkan prestasi sekolah seorang diri, aku perlu bantuan dari para guru. Oleh itu aku kena memenangi hati mereka. Antara aktiviti yang aku buat ialah:
(1) Mengadakan ‘open house’ sempena Hari Raya. Tak kiralah Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji, aku sentiasa mengadakan ‘open house’ dengan menjemput semua guru dan kakitangan sekolah serta seluruh keluarga mereka ke rumah aku pada hari tertentu. Secara tak langsung aku dapat berkenalan dengan suami atau isteri para guru dan pekerjaan SM Batu Dua. Aku juga dapat berkenalan dengan anak-anak mereka. Sampai sekarang pun guru-guru atau pekerja sekolah yang pernah berkhidmat di bawah aku sentiasa ingat akan majlis ‘open house’ itu.
(2) Mengadakan Majlis Hari Keluarga staf di perkarangan rumah aku. Aku mempunyai kolam ikan dua buah dekat rumah aku. Ini adalah yang menjadi tarikan kepada para guru itu. Mereka merancang mengadakan acara-acara Hari Keluarga sambil ada peluang mengail atau menjala ikan dalam kolam aku. Selepas itu ikan itu akan dimasak untuk dimakan bersama-sama. Dengan cara itu terjalinlah kemesraan antara kakitangan dengan pengetua mereka. Kemesraan dan keakraban antara semua memudahkan aku mengajak mereka membuat apa-apa perubahan ke arah kebaikan.
(3) Aku selalu berada di bilik guru jika aku tiada kerja di pejabat atau mengajar. Guru merasakan aku sebahagian daripada mereka. Aku pula mudah membuat pemantauan terhadap mereka, aku juga cepat tahu sekiranya para guru menghadapi apa-apa masalah. Aku juga dapat menyelami masalah anak buah dengan mudah. Aku juga dapat menyelami hati budi mereka. Kalau perkara memerlukan pertolongan aku, aku akan cepat dapat menolong mereka. Para guru tidak merasakan jawatan aku menjarakkan aku dengan mereka, ini menjadikan aku sentiasa dapat mengadakan interaksi positif dengan guru-guru aku.
(4) Aku sentiasa mengadakan ‘morning prayer’ setiap pagi Rabu selama 20 minit. Tujuannya ialah untuk menyampaikan maklumat atau pekeliling mutakhir atau arahan pentadbiran kepada para guru. Disamping itu aku tak perlu buat mesyuarat guru banyak kali. Aku tahu bahawa guru-guru tak suka mesyuarat yang acap kali diadakan. Aku hanya perlu buat mesyuarat guru sebulan sekali. Masa yang diambil untuk mesyarat guru tak lebih daripada 2 jam setiap kali. Aku pakai strategi ‘talk straight to the point, shorten your speech and do more work.‘ Apa yang diperlukan ialah maklumat sampai, tindak ikutnya dapat dibuat cepat dan keluarga para guru tak terabai akibat pentadbiran kita.
(5) Mengadakan jamuan di kantin untuk para guru, tiga bulan sekali. Walau pun pengetua bukan ada elaun keraian yang banyak, tetapi jangan kedekut. Buatlah jamuan di kantin sekolah sekali sekala agar para guru terasa mereka sentiasa dihargai. Mereka adalah kawan-kawan aku, walau pun aku pengetua. Aku jadi pengetua kerana aku lebih tua atau lebih senior dalam jawatan. Guru-guru yang kita pimpin itu lambat laun akan jadi pengetua atau orang besar juga satu hari nanti.
(6) Ambil tahu tentang masalah keluarga. Masalah anak demam atau sakit. Ambil tahu juga tentang sakit pening ahli keluarga. Supaya kita menjadi orang yang prihatin kepada rakan-rakan. Walau bagai mana pun berhati-hati terhadap mereka yang mengambil kesempatan. Sentiasa beringat!!
Pengetua tidak mampu membuat perubahan seorang diri. Beliau perlu kepada bantuan. Pembantu utama adalah guru-guru penolong kanan dan guru-guru kanan. Hubungan antara pengetua dengan mereka mestilah harmoni. Kerja sepasukan antara pengetua dan mereka adalah perlu. Hati dan perasaan mereka perlu dijaga
Orang yang akan menjalankan kerja-kerja asas dalam apa-apa program di sekolah ialah guru-guru dan kakitangan sekolah. Pengetua hendaklah memenagi hati mereka dengan mengenali setiap orang anggota dibawahnya. Hanafi (1990) membuat saranan agar pengetua mengetahui sikap, nilai, perasaan, harapan dan ekspektasi para gurunya.
Pengetua perlu merancang dan memperuntukan masa – dalam waktu sekolah, di luar waktu sekolah, dalam keadaan formal dan dalam kadaan bukan formal, supaya pengenalan yang terjalin tidak “superficial”, sebaliknya mendalam dan bermakna. Perkenalan juga boleh menjagkau kepada peringkat ahli keluarga para guru dan kakitangan. Sebaliknya para guru dan kakitangan sekolah perlu juga mengenali hati budi pengetua. Keadaan tambal balik ini akan mengurangkan pergeseran negatif dan salah faham dapat dielakkan

Teringat saya kepada kata-kata seorang mantan pengetua iaitu
"KALAU KITA MEMUDAHKAN KERJA ORANG LAIN ORANG AKAN MEMUDAHKAN KERJA KITA"

Selamat bertugas kepada semua pengetua sesungguhnya warga sekolah amat inginkan kepimpinan yang berkesan demi untuk memajukan anak bangsa dan agama kita.

"STAFF GEMBIRA PRESTASI BERGANDA"

Comments :

0 comments to “PENGETUA OH PENGETUA”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...