KALAU PELAJAR GAGAL , GURU DISALAHKAN

Walaupun agak terlewat , selamat tahun baru diucapkan kepada semua warga guru dimalaysia khasnya di MRSM Transkrian.

Semoga ditahun 2010 ini kita dapat menghirup udara nyaman dan terus menjalan tugasan yang belum selesai iaitu mendidik anak bangsa agar menjadi manusia yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Dihujung tahun 2009 akan ada mesyuarat/perjumpaan guru untuk persediaan menghadapi tahun 2010.Pada 4 Jan 2010 maktab pendaftaran pelajar T2,T3 dan T5 maka bermulalah tugas warga guru seperti tahun-tahun sebelumnya.

Permulaan 2010 agak mendung dan langit tentunya tidak selalu cerah disangka panas hingga kepetang , rupanya hujan turun juga.Keputusan PMR 2009 yang baru diumumkan telah mencacatkan rekod cemerlang yang dipegang sekian lama, sejak tahun 2004 tidak pernah seteruk ini keputusan PMR nya.Bahkan maktab telah pun mencatatkan MRSM terbaik seluruh Malaysia malah ketiga atau keempat Malaysia.

Ada yang simpati , ada juga yang memperli ada yang telepon mengucapkan tahniah yang negatif.
Aku sendiri pun tidak menjangka seteruk ini meredumnya keputusan PMR itu , jangkaanya mungkin kalau jatuh pun tak lah sebesar ini daya impuls yang dirasai bagitu banyak tenaga keupayaan graviti yang hilang.

Entahlah yang jatuh atas konkrit itu telur atau bola getah , untuk bangun semula tentunya menyakitkan.

Maka adalah suara-suara yang dalam lembut, halus mulus menyalahkan guru , sekali dengar macam tidak tapi jika dihayati nyata guru dipersalahkan.
Walaupun disebutkan bukan nak salahkan guru atas kejatuhan ini tapi guru dikata tidak menggunakan kaedah P&P yang berkesan , guru berada dalam zon selesa selepas kejayaan 2009 dll.

Cuma satu soalan nak aku tanya semasa berjaya cemerlang dulu sejak 2004 guru tak pun dikata tidak pandai mengajar .Masa menempa kejayaan semuanya ok , guru telah menggunakan kaedah yang betul , guru beri penuh komitmen dll Adakah kejayaan selama ini satu kebetulan dan sekali kegagalan satu suratan.Ingat guru yang sama lah yang mengajar dari dulu , Cuba buka minda dan renung sikit apakah faktur utama yang mnnyebabkan kemerosotan ini ..........

Sebenarnya banyak faktur yang menyumbangkan kepada kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah seperti kata
Abdul Shukor (1995) menyenaraikan ciri sekolah yang berkesan seperti berikut :
(1) mempunyai kepimpinan pengetua yang kuat dengan tumpuan pengurusan adalah terhadap peningkatan kualiti pengajaran,
(2)membina iklim persekolahan di mana tiap-tiap murid berada dalam satu tahap
pencapaian yang ditetapkan terlebih dahulu dan tidak lebih rendah daripada
itu,
(3) mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlunya membina
peraturan ketat, tenang dan tanpa penindasan, tetapi selesa untuk suasana
proses pengajaran,
(4) memberi keutamaan terhadap proses pengajaran di mana sekolah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan matlamat pengajaran dilaksanakan secara teratur dan memberi faedah, serta
(5) mengesan kemajuan murid secara sistematik, iaitu pengetua dan guru-guru mengawas kemajuan
murid berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran.

Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai
ciri-ciri berikut: (1) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan, (2)
guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan muridmuridnya,
(3) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang
rasa, dan (4) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.


bersambung........

Comments :

0 comments to “KALAU PELAJAR GAGAL , GURU DISALAHKAN”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...