KOMUNIKASI DALAM SEBUAH ORGANISASI-MERUJUK MRSM TRANSKRIAN

INI ADALAH KERTASKERJA SAYA UNTUK SYARAT PTK 4 (DG 48) DILANGKAWI


Pendahuluan
Komunikasi adalah bahagian dari kehidupan manusia. Manusia tidak dapat mengelakan diri dari berkomunikasi sesama sendiri. Bahkan pada saat manusia dilahirkan gerak dan tangis yang pertama merupakan suatu cara komunikasi dengan alam sekelilingnya.

Manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan tidak dapat hidup sendiri tanpa berkomunikasi dengan orang lain, karena dengan berkomunikasi menimbulkan interaksi antara dua orang atau lebih . Dengan adanya interaksi itulah dapat mengembangkan hidup dan jiwa manusia dialam ini. Komunikasi sangat diperlukan, terutamanya dalam kehidupan organisasi mulai dari pekerja peringkat bawahan sehingga sampai pada peringkat pengurusan atas.

Dengan adanya komunikasi yang efektif memudahkan tercapainya tujuan organisasi. Namun, juga harus disedari bahwa komunikasi juga boleh menjadi sumber masalah kepada organisasi jika terjadi ketidak sesuaian.

Dalam kertas ini akan dibahas berbagai perkara yang berhubungan dengan komunikasi dalam kaitannya dengan organisasi, mencakupi perkara-perkara yang berikut yang berkaitan dengan MRSM Transkrian sebagai organisasi yang dimaksudkan:

1. Pengertian dan Definisi Komunikasi
2. Fungsi dan Tujuan Komunikasi
3. Proses Komunikasi
4. Bentuk-bentuk komunkasi
5. Tindakbalas Komunikasi
6. Faktor-Faktor Penghalang Komunikasi
7. Keberkesan Komunikasi dalam Organisasi
8.Penutup


Pengertian dan Definisi Komunikasi
Komunikasi atau Communication yang dalam bahasa Inggeris; sesungguhnya berasal dari kata Latin yaitu Communicatio, yang bersumber dari kata Communis yang artinya sama. Sama yang bermaksud sama dari segi makna.
Apabila dalam percakapan contohnya ada mempunyai persamaan makna dari apa yang dipercakapkan dan yang didengari, maka komunikasi akan terjadi . Namun, sebaliknya komunikasi tidak akan berlaku apabila tidak ada persamaan makna, walaupun ada kesamaan bahasa yang dipergunakan. Dengan demikian percakapan dapat dikatakan komunikasi yang berkesan apabila kedua orang yang terlibat dalam percakapan tersebut faham bahasa yang dipergunakan dan mengerti makna apa yang dipercakapkan.
Komunikasi secara ringkasnya bermaksud perkongsian makna, proses atau perlakuan komunikasi, mesej sebenar atau mesej yang dihantar atau diterima, dan kajian mengenai proses yang terlibat dalam menghantar serta menerima mesej.
Tahap-tahap komunikasi termasuklah Komunikasi Dalaman Diri (Intrapersonal), Komunikasi Antara Perseorangan (Interpersonal), Komunikasi Kumpulan Kecil, Komunikasi Keorganisasian, Komunikasi Awam
Abdullah & Ainon (1998) merumuskan bahawa komunikasi ialah proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman dengan orang lain. Dalam lain perkataan, komunikasi ialah proses bagaimana seseorang itu mencipta makna melalui interaksinya dengan individu lain .
Dari seluruh huraian tersebut diatas tentang pengertian komunikasi, maka dapat dikatakan bahwa pengertian komunikasi secara umum adalah proses penyampaian suatu pernyataan yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain atau kumpulan sebagai kesan dari hubungan sosial. Sedangkan pengertian komunikasi secara paradigmatis adalah proses penyampaian suatu mesej oleh seseorang kepada orang lain untuk memberitahu atau untuk mengubah sikap, pendapat, atau perilaku, baik berlaku formal iaitu secara lisan,mesyuarat,memo dan surat pekeliling maupun tidak formal melalui Kelab Guru & kakitangan perbualan di kafe maktab.


Fungsi dan Tujuan Komunikasi

Komunikasi tidak hanya dimaksudkan sebagai pertukaran maklumat, tetapi lebih dari sebagai kegiatan individu dan kelompok dalam orgnisasi. Oleh itu fungsi komunikasi adalah sangat luas antara lain:
a. Informasi. Penyebaran berita, data, fakta dan mesej.
b. Sosialisasi. Mensosialisasikan ilmu pengetahuan yang memungkinkan orang bersikap dan bertindak sebagai anggota masyarakat yang sedar akan fungsi sosialnya sehingga ia dapat aktif didalam organisasi.
c. Motivasi. Memberi dorongan kepada individu dan kelompok untuk menentukan pilihannya atau keinginannya yang akan dicapai dalam organisasi.
d. Pendidikan. Pembentukan watak, keterampilan dan kemahiran yang
diperlukan pada semua bidang kehidupan melalui proses pendidikan.
e. Memajukan kebudayaan. Penyebaran hasil budaya dan seni dengan maksud melestarikan warisan nenek moyang suatu bangsa.
f. Hiburan. Menyebarluaskan simbol, suara dan image dalam kesenian untuk ketenangan dan kesenangan individu dan kelompok dalam sesebuah organisasi.

Antara fungsi komunikasi yang lain ialah menurut Abdullah Hashim ialah
 Pengrekrutan guru dan kakitangan
 Latihan untuk guru-guru
 Hubungan kerja dalam organisasi
 Pembuatan Keputusan dalam organisasi
 Penilaian prestasi
 Keselamatan guru dan kakitangan sekolah
 Disiplin kerja guru
 Sosialisasi didalam organisasi
 Penyelesaian masalah dalam organisasi.

Pada umumnya komunikasi mempunyai beberapa tujuan, yakni:
a. Agar maklumat dan idea yang disampaikan dapat dimengerti. Sebagai pengetua menyampaikan arahankepada bawahannya agar jelas dan tuntas sehingga anak buah dapat mengerti dan dilaksanakannya, sesuai yang dikehendaki pengetua.
b. Memahami hati budi guru –guru serta kakitangan. Pihak pengurusan seharusnya mengetahui aspirasi bawahannya tentang apa yang dikehendaki, sehingga terjadi arah sejalan tidak bertentangan.
c. Agar arahan serta gagasan kita dapat diterima oleh bawahan atau orang lain, dilakukan pendekatan budi bicara bukanya paksaan agar orang bawahan dapat menerima serta boleh melaksanakannya
d. Menggerakkan bawahan untuk melakukan sesuatu. Dengan lebih banyak memberikan dorongan untuk melakukan sesuatu. Secara singkat tujuan komunikasi dapat dikatakan mengharapkan pengertian, dukungan, gagasan dan tindakan. Dalam setiap melakukan komunikasi, perlu dipikirkan apa sebenarnya tujuan yang dikehendaki.

Sesebuah organisasi itu tidak akan terbentuk tanpa komunikasi dan adalah menjadi tugas dan fungsi pihak pentadbiran untuk berkomunikasi dengan kakitangan agar organisasi yang diwakilinya boleh beroperasi sesuai dengan keperluan khalayak di samping kepentingan organisasi itu sendiri.

Proses Komunikasi

Proses komunikasi pada hakikatnya adalah proses penyampaian idea atau
perasaan oleh seseorang kepada orang atau kumpulan lain .Idea atau perasaan tersebut timbul dari lubuk hati seseorang. Idea dapat berupa gagasan atau maklumat. Sedangkan perasaan dapat berupa kemarahan, keberanian, kesedihan, kesenangan, keragu-raguan dan sebagainya. Dengan menggunakan perasaan yang sedar niscaya komunikasi akan berhasil, namun sebaliknya jika berada pada keadaan tidak sedar menyampaikan idea dan perasaan tidak terkawal niscaya komunikasi tidak akan berjaya atau gagal.

Dalam proses komunikasi ada sejumlah komponen didalamnya yang merupakan persyaratan terjadinya komunikasi, iaitu:

a. Penghantar, orang yang menyampaikan arahan dan maklumat.
b. Mesej, pernyataan yang diwakili oleh simbol atau bahasa.
c. Media, saluran yang dipergunakan dalam komunikasi.
d. Penerima orang yang menerima mesej.
e. Ada maklumat balas dari penerima kepada penghantar

Jika kesemua komponen tidak ada halangan, proses komunikasi ini dapat berjalan dengan lancar. Lebih jelasnya dapat dilihat pada gambar dibawah ini:


Bentuk Komunikasi di maktab

Komunikasi sehala dari atas ke bawah

Pengetua


Guru-guru Kakitangan TPHEA TPHEP

Contoh komunikasi seperti ini ialah seperti pengetua memerikan arahan dan taklimat kepada seluruh warga maktab mengenai visi dan misi maktab dan cara- cara untuk mencapainya serta sasaran yang dikehendaki oleh nya.Bagitu juga dalam perhimpunan pelajar guru-guru atau TPHEA memberi arahan dan maklumat mengenai perjalanan peperiksaan SPM yang akan dijalankan tidak lama lagi

Komunikasi dua hala


Pngetua


Guru-guru kakitangan TPHEA TPHEP

Pengetua berkongsi pendapat untuk melaksanakan sesuatu program misalnya untuk Program Sambutan 15 tahun maktab, mesyuarat diadakan untuk membincangkan perjalanan program tersebut .Disini semua warga maktab boleh memberi pendapat unruk melaksana program tersebut

Komunikasi menurun

Pengetua

TPHEA

Ketua Jabatan Sains

Guru-guru dan Kakitangan Makmal

Komunikasi seperti ini lebih kepada proses penurunan kuasa kepada orang bawahannya.Dengan cara ini pengiktirafan diberi kepada jawatan yang dipegang oleh individu tertentu


Komunikasi bawah ke atas


Pengetua


Guru-guru Kakitangan TPHEA TPHEP

Kadang kala kakitangan bawahan ingin menyampaikan maklumat berupa komen , pendapat kepada pengetua.ianya boleh dilakukan dengan cara lisan bersemuka surat cadangan tau menggunakan e-mail .Komunikasi seperti ini boleh menimbulkan menyampaian maklumat yang tidak benar mengenai sesaorang,mungkin ada kalangan yang tidak berpuas hati atau irihati dengan sesaorang yang lain.pengetua seharusnya membuat penilaian dan penyiasatan kepada maklumat yang diberi agar tiada pihak yang akan terniayai

Komunikasi mendatar atau interaktif

Pengetua Pengetua


Timbalan Pengetua Timbalan Pengetua


Guru Guru


Kakitangan Kakitangan


Komunikasi mendatar adalah komunikasi diantara kumpulan jawatan yang sama , diperingkat guru-guru dan kakitangan adakala boleh menimbulkan gosip yang tidak baik mengenai pihak atasan.Komunikasi ini juga mempunyai kebaikan kerana dengan cara ini guru-guru boleh berbincang mengenai tugas dan subjek yang mereka ajar seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran dikelas.Komunikasi seperti dapat mengiratkan lagi hubungan antara mereka kerana tiad halanagn dari segi status


Maklumat Balas Komunikasi

Maklumat balas (feedback) adalah tanggapan penerima kepada penghantar yang menyampaikan mesej kepada nya. Maklumatbalas sangat penting dalam proses komunikasi kerana ianya menentukan samada komunikasi yang berjalan boleh terus berlaku. Apabila tanggapan penerima menyenangkan pihak penghantar, komunikasi dapat berjalan lancar disebut tindakbalas positif. Sebaliknya apabila maklumatbalas tidak menyenangkan penghantar, sehingga penghantar enggan meneruskan komunikasinya disebut tindakbalas negatif. Maklumat yang dinyatakan penerima dengan kata-kata dinamakan maklumatbalas secara verbal, sedangkan secara non-verbal adalah yang dinyatakan dengan bukan kata-kata tetapi dengan menganggukkan kepala berarti ia setuju, tetapi jika menggelengkan kepala berarti tidak setuju. Tepuk tangan pelajar semasa perhimpunan menunjukkan rasa senang dan mennyokong ucapan guru dipentas semasa perhimpunan

Faktor-Faktor Penghalang Komunikasi

Banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan komunikasi. Antaranya ialah tahap kecerdasan dan pengetahuan sedia ada penerima, saluran yang digunakan, gangguan persekitaran dan budaya penerima serta pengirim. Untuk membina komunikasi interpersonal yang berkesan bukan suatu yang mudah kerana proses ini melibatkan beberapa faktor. Ada faktor yang dapat dikawal dan diatasi, ada faktor yang tidak dapat diatasi sepenuhnya tetapi masih dapat dikurangkan kesannya.

Antara faktor yang mempengaruhi dan selalunya menimbulkan masalah untuk berlakunya komunikasi yang berkesan adalah seperti berikut;
i. Perbezaan latar belakang dan pengalaman.

Perbezaan bangsa, bahasa, tahap pendidikan, pengetahuan dan kemahiran boleh menjadi sebab terhalangnya komunikasi yang berkesan. Ini berlaku kerana mesej yang disampaikan tidak difahami dan dihayati sebagaimana yang dikehendaki oleh penyampai.Misalnya antara kakitangan peringkat sokongan dengan Pengetua, dalam hal ini pengetua seharusnya memahami dan menggunakan arahan yang jelas agar difahami oleh kakitangan peringkat ini.
Dari segi bahasa misalnya pengetua mesti menggunakan perkataan yang jelas supa tidak timbul salah faham seperti pennggunaan perkataan wajib hadir , dijemput atau digalakan hadir ke sesuatu program.
ii. Perhatian yang terhad.
Kebiasaannya ramai orang akan menapis mesej yang disampaikan dan hanya akan memberi perhatian kepada mesej yang disukai atau yang sesuai dengan pegangan, pendapat atau cita rasanya sahaja.
iii. Prasangka/ prejudis/ tanggapan awal.
Prasangka atau tanggapan awal ini akan menyebabkan berlakunya halangan mental dan akan mempengaruhi mesej yang diterima. Mesej yang diterima akan ditafsirkan mengikut kehendak dan selera sendiri.
iv. Faktor situasi.
Perasaan takut, marah, rasa tidak selamat dan kebisingan akan menyebabkan penghantaran dan penerimaan mesej terganggu.
v. Perasaan dan emosi.
Jika penerima dan penyampai mesej tidak peka kepada aspek-aspek emosi dan perasaan, komunikasi yang dilakukan menjadi kurang berkesan.
vi. Faktur Teknikal
Kekurangan kemudahan asas dan peralatan komunikasi. Dari segi teknologi halangan dapat diatasi dengan adanya penemuan baru dibidang kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat seperti internet.
Menurut Cruden dan Sherman(1976) menyatakan jenis halangan teknikal komunikasi ialah :

- Tidak adanya prosedur kerja yang jelas
- Kurangnya maklumat atau penjelasan
- Kurangnya kemahiran membaca
- Pemilihan media [saluran] yang kurang tepat.

Secara ringkasnya dapat disenaraikan faktur-faktur halangan komunikasi seperti berikut:



i. Bahasa perkataan tidak sesuai, bahasa yang berbeza, Kefahaman yang berbeza, pertuturan yang tidak jelas.
ii. Status status yang berbeza.
iii. Umur Tua muda/ perbezaan pengalaman
iv. Jarak Jauh atau dekat, halangan kebisingan, nada suara
yang kurang jelas.
v. Prasangka dari segi tugas dan prestasi, dari segi sosial.
vi. Sikap kompleks dalam diri (rendah diri/sombong).
vii. Kecacatan Pancaindera cacat anggota pertuturan/ pendengan seperti mulut, lidah, telinga dan sebagainya.
viii. Struktur organisasi Sistem birokrasi dalam organisasi.

Untuk mengatasi halangan-halangan di atas, pemberi dan penerima mesej perlu memahami kandungan mesej yang ingin disampaikan dan memilih media atau saluran yang sesuai.
Akibat dari faktur –faktur diatas kadangkala pengetua secara tidak langsung melakukan dikriminasi dikalangan kakitangan serta guru ini akan memberikan kesan yang tidak baik dalam organisasi.Cara komunikasi seperti ini akan menyebabkab ada kalangan guru akan merasa tersisih.

Kerberkesanan Komunikasi Dalam Organisasi

Ada hubungan yang kukuh antara komunikasi yang berkesan dengan organisasi yang berjaya. Walaupun pengetua dalam organisasi misal MRSM memahami tentang
keberkesanan MRSM dalam tahap peningkatan keputusan peperiksaan SPM/PMR, mempertingkatkan prestasi kerja atau moral yang tinggi, tetapi yang paling penting ialah pengetahuan tentang amalan komunikasi yang dilakukan oleh mereka dalam membentuk persekitaran komunikasi organisasi yang positif. Komunikasi memainkan peranan utama dalam kejayaan dan peningkatan pencapaian di MRSM .

Pengetua sekolah sebagai pemimipin dalam satu organisasi pendidikan seperti MRSM memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi dan matlamat MRSM . Komunikasi yang berkesan bermakna guru-guru akan terlibat sama dalam membuat keputusan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru yang diajak berunding dan melibatkan diri secara langsung biasanya merasai diri dan sumbangan mereka dihargai; mereka juga mendapat kuasa untuk mengambil inisiatif dan bertindak secara terbaik sesuai dengan kepakaran dan pengalaman tersendiri yang ada dalam diri masing-masing. Hampir semua guru di adalah kakitangan profesional, yang telah mendapat ilmu pengetahuan dalam bidang tertentu dan dilatih untuk menjalankan tugas mereka. Dengan adanya penurunan kuasa daripada pengetua kepada guru ditambah pula dengan galakan agar guru-guru menggunakan inisiatif dan kepakaran sendiri mengikut keadaan sekolah dan muridmurid yang berbeza-beza, maka lambat laun akan muncul budaya persekolahan baru yang lebih baik dan sesuai mengikut keperluan peredaran masa. Dalam pentadbiran, komunikasi dilihat sebagai satu tingkahlaku; bagaimana seseorang individu mencari dan menyebarkan maklumat tentang keadaan sekeliling. Mengikut Simon (yang dipetik oleh Hoy dan Miskel, 1991) komunikasi dalam organisasi ialah proses menyalurkan keputusan yang telah dibuat atau yang ingin
dibuat kepada ahli-ahli (Hoy & Miskel, 1991 ms. 345). Apabila sistem komunikasi diselaraskan dengan baik dan sistematik maka segala proses merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti boleh berjalan dengan lancar. Menurut Pincus (1986) komunikasi adalah faktor penentu dalam memperkukuhkan kedudukan dan keberkesanan sesebuah organisasi itu.

Sekolah sebagai sebuah sistem sosial sangat mementingkan komunikasi. Segala interaksi dan tindak balas antara pengetua, guru, pelajar dan kakitangan lain digerakkan melalui komunikasi. Khusus dalam interaksi pengetua-guru, komunikasi berfungsi menyalurkan maklumat terutama daripada pengetua kepada guru, lantaran itu kebijaksanaan dan kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi seseorang pengetua. Redding (1972) berpendapat ada tiga kelompok sistem komunikasi iaitu yang berkaitan dengan tugas (task) penyelenggaraan (maintenance) dan kemanusiaan (human). Greenbaum (1974) pula menyatakan ada empat bentuk komunikasi iaitu menyelaras (regulative), membuat inovasi (innovative), menyelenggara (maintenance), dan memberi maklumat (informative). Huseman dan rakan-rakan (1980) membahagikan jenis-jenis itu kepada tujuh jenis iaitu arahan kerja, rasional kerja, ekspresi positif, ekspresi negatif, penerangan kerja, maklum balas dan penglibatan.
Arahan kerja merupakan mengeluarkan perintah bertujuan mengarah pekerja bawahan menjalankan tugas masing-masing. Rasional kerja pula bertujuan memaklumkan kepada pekerja tentang sebab-sebab sesuatu kerja itu dilakukan dan kaitannya dengan kerja-kerja lain dalam organisasi. Penerangan kerja bererti menyediakan maklumat tentang aturcara dan prosedur melaksanakan sesuatu kerja kepada para pekerja. Maklum balas bertujuan memberi maklum balas tentang prestasi kerjanya. Ekspresi positif melibatkan penyampaian maklumat dalam bentuk lisan dan bukan lisan secara positif iaitu dengan muka manis, gerak balas anggota secara sopan, cakap dengan baik dan bahasa pula halus. Ekspresi negatif adalah yang sebaliknya; air muka masam dan muram, gerak balas tidak sopan, cakap dengan suara dan bahasa yang kasar dengan niat untuk menyakiti hati dan menjatuhkan air muka orang lain. Akhir sekali, penglibatan bercorak melibatkan pengetua berbincang dengan pekerja di samping ia memberi tunjuk ajar akan cara-cara sesuatu tugas itu dijalankan.Seorang pentadbir seperti pengetua sekolah, menggunakan kesemua bentuk komunikasi di atas. Pada asasnya semua corak itu berorientasikan hubungan manusia khususnya hubungan pengetua-guru selaku ketua-pekerja. Keberkesanan komunikasi jenis itu bergantung kepada keupayaan golongan yang terlibat mewujudkan persekitaran yang saling mempercayai, saling hormat menghormati, membina dan menggalakkan pertukaran maklumat secara terbuka. Apabila ini berlaku dapatlah dirumuskan akan terjalinlah kepuasan kerja di kedua-dua pihak terutama di pihak guru-guru.
Kepuasan Kerja dalam kontek ini bererti sejauhmana perasaan seseorang individu dalam organisasi itu mencapai kepuasan dalam konteks proses dan suasana kerja yang dilaluinya. Beberapa faktor mempengaruhi kepuasan itu termasuklah peluang untuk bergaul dengan orang lain, status diri, keadaan kerja, dalam kaitan minat, kebolehan dan kesediaan pekerja, ciri-ciri keselamatan, kesetiaan atau kejelingkatan, pentadbiran dan dasar organisasi, penyeliaan, gaji (Blum dan Naylor 1968 & Herzberg (1966). Empat bentuk komunikasi yang kerap diamalkan oleh pengetua ialah penerangan kerja, maklum balas, ekspresi positif dan penglibatan iaitu bentuk-bentuk komunikasi yang bersifat dua hala, mesra pendengar dan mementingkan nilai-nilai kemanusiaan. Tiga daripada empat bentuk komunikasi yang kerap diamalkan oleh pengetua iaitu penerangan kerja, maklum balas dan ekspresi positif itu pula didapati menyumbang kepada kepuasan kerja guru. Hasil ini selari dengan hasil kajian Alexander dan rakan-rakan (1989) dan Huseman dan rakan-rakan (1980an) yang menyebut bahawa ketiga-tiga bentuk itu, menentukan kepuasan kerja guru. Lantas boleh dijadikan faktor penunjuk keberkesanan komunikasi di sekolah.

Bentuk-bentuk komunikasi yang diamalkan oleh pengetua haruslah menyeluruh dan merentasi batas jantina atau kelayakan latar belakang stafnya. Dalam ertikata yang lain ia tidak mengamalkan diskriminasi dalam komunikasi. Diskriminasi yang berterusan akan mempengaruhi kepuasan kerja guru. Dari segi kegunaan, bentuk komunikasi ekspresi positif, rasional kerja dan arahan kerja yang mempunyai ciri-ciri komunikasi dua hala, dinilai berbeza oleh guru lelaki dan perempuan. Seharusnya bentuk-bentuk itu diamalkan kepada semua guru.. Diskriminasi dalam tiga bentuk komunikasi iaitu penerangan kerja, maklum balas dan ekspresi positif, sangat membimbangkan kerana ketiga-tiga bentuk itu didapati menyumbang
kepada kepuasan kerja di kalangan guru-guru.

Kajian-kajian komunikasi mendapati bahawa komunikasi interpersonal seperti keupayaan kakitangan untuk rnenyuarakan pendapat dan pandangan berkaitan dengan isu di sekitar mereka dan komunikasi dengan pihak atasan, rakan sekerja dan penyelia merupakan antara faktor penyumbang kepada komitmen keorganisasian (Allen, 1992).

Dalam era pendidikan yang berasaskan sekolah, guru memiliki peranan yang cukup penting dalam meningkatkan kemajuan proses pembelajaran di MRSM Dalam usahanya untuk meningkatkan hasil kerjanya, perhubungan yang baik di antara komponen di maktab adalah sangat penting. Bentuk hubungan tersebut adalah komunikasi interposonal guru iaitu komunikasi antara guru-guru , guru – kakitangan serta guru – pihak pentadbiran. Komunikasi antara guru-guru dapat meningkatkan pengetahuan guru menjadi bertambah dan hasil kerjanya meningkat. Dalam hal ini, komunikasi adalah proses penyampaian informasi. Komunikasi dapat dikatakan berhasil apabila adanya pemahaman makna dari satu orang ke orang lain. Apabila guru mempunyai kemahiran berkomunikasi maka keupayaan guru juga akan meningkat. Dengan adanya komunikasi kita membentuk pesefahaman, menyuburkan persahabatan, memelihara kasih sayang dan menyebarkan pengertian. Adanya komunikasi yang baik mengakibatkan keupayaan kerja yang tinggi, karena masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan dapat diselesaikan bersama-sama. Kualiti berkomunikasi juga ditentukan adanya analisis tujuan, berkaitan hal-hal yang diuraikan atau dijelaskan kepada orang lain. Kemampuan guru berkomunikasi akan memperlihatkan sifat diri positif dan terbuka kepada rakan sekerja dalam maktab. Kualiti komunikasi dapat juga direalisasikan melalui kualiti suara yang diperdengarkan dengan baik, maka guru yang mempunyai suara jelas, termasuk intonasi dan ekspresi yang baik akan membuat pelajar maupun guru akan mendengar dan memperhatikan isi yang dicakapkan oleh guru tersebut.

Penutup
Komunkasi adalah sesuatu yang sangat penting dalamsesabuah MRSM seperti MRSM Transkrian .Hanya apabila komunikasi itu berjaya menyampaikan mesej secara tepat lagi berterusan maka barulah boleh digerakkan semua tenaga agar bekerja dengan tanggungjawab dan penuh komitmen untuk mencapai matlamat MRSM Transkrian

Nik Rashid (1993) mengatakan cara berkomunikasi sama ada terang, tepat atau jitu akan memberi kesan kepada kelakuan dan prestasi pekerja dalam organisasi. Keupayaan berkomunikasi secara berkesan merupakan satu sumber kuasa kepakaran.Ramai orang berpendapat bahawa komunikasi dua hala amat berkesan. Lantaran itu, dikatakan bahawa pengetua atau pihak pentadbiran perlu menggalakkan guru serta kakitangannya memberi pandangan dan membuat cadangan untuk perubahan. Begitu juga kualiti maklumat yang wujud dalam hubungan komunikasi di antara Ketua Jabatan dan guru akan memberikan kepuasan kerja dalaman di kalangan guru-guru. Oleh kerana komunikasi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kejayaan satu-satu organisasi, setiap individu dalam organisasi perlu berusaha berkomunikasi dengan cekap . Tiap-tiap individu terutama pengetua atau ketua ketua jabatan perlulah mempunyai matlamat komunikasi tersendiri untuk keberkesannya dalam sesabuah maktab.




RUJUKAN
1. Alexander, R. E., M. M. Helms dan R. D. Wilkin. 1989. The relationship between supervisor communication and
subordinate performance and satisfaction among professionals. Public Personnel Management. 13(4): 415- 427.

2. Blum, N. L. dan J. E. Naylor. 1968. Industrial Psychology. Theoritical and Social Foundation. New York: Harper

3. Greenbaum, H. 1974. Organizational Communication Systems: Identification and Appraisal. Kertas kerja yang dibentangkan dalam mesyuarat International Communication Association, Phoenix. April.

4. Huseman, R. C., J. D. Hatfield, W. E. Boulton and R. D. Gatewood. 1980. Development of a Conceptual Framework
For Analysing the Communication – Performance Relationship: Academy of Management Proceeding. 178-182.

5. Pincus, J. D. 1986. Communication satisfaction, job satisfaction and job performance. Human Communication research. 12(3): 395-419.

6. Redding, W. C. 1972. Communication within Organization: An interpretive review of theory and research. New York: Industrial Communication Council.
J T37E[6]new.pmd 79 02/16/2007, 20:14

7. Abdullah Hashim :Strategi Komunikasi Berkesan Untuk Pengurusan Sekolah (Slaid Power Point ):Unit Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang

8. Cruden dan Sherman(1976) dalam bukunya Personel Management, 1976,

9. Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad (1998). Komunikasi untuk pemimpin. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

10. Nik A. Rashid Ismail (1993). Kepemimpinan : ulasan teori dan kajiannya di Malaysia.
dlm. Psikologi Melayu, diselenggara oleh Abdul Halim Othman. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Comments :

0 comments to “KOMUNIKASI DALAM SEBUAH ORGANISASI-MERUJUK MRSM TRANSKRIAN”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...