SEKOLAH BERKESAN

Pengenalan

Sebagaimana yang kita tahu sekolah berkesan merupakan sesuatu yang menjadi hasrat banyak pentadbir sekolah dan juga masyarakat. Kebanyakan isu sekolah berkesan adalah mengaitkan sekolah dengan pencapaian akademik. Ia adalah kerana di negara kita Malaysia kini, sekolah berkesan banyak diukur melalui pencapaian peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Adakah sekolah berkesan hanya berkaitan dengan pencapaian akademik sahaja? Dialog di atas secara langsung menunjukkan bahawa keberkesanan sekolah diukur dari segi pencapaian akademik. Pada hakikatnya sesebuah sekolah berkesan bukan sahaja diukur dari segi fungsinya sebagai memberi pendidikan kepada murid-murid tetapi juga ia meliputi berbagai-bagai aspek. Sekolah bukan semata-mata diujudkan untuk tujuan akademik bahkan ia juga membentuk disiplin,sahsiah,kepimpinan dan sebagainya.

Usaha-usaha mencapai matlamat sekolah berkesan dapat dilihat melalui gagasan-gagasan seperti mewujudkan sekolah berkesan, Sekolah Bestarai, Sekolah Wawasan, sekolah Harapan, Sekolah Contih dan sebagainya.

Definasi Sekolah Berkesan

Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminology sekolah tempat untuk belajar dan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu.

Pengertian Sekolah Berkesan Mengikut Persepsi Yang Berbeza
Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza kerana berbagai-bagai pihak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada sekolah. Oleh kerana itu Stoll dan Fink (1996) menegaskan bahawa untuk memberi definasi kepada keberkesanan, kita perlu memilih antara nilai yang berbeza-beza.

Kajian-kajian sekolah berkesan secara khusus mendefinasikan keberkesanan sekolah melalui pembolehubah yang dianggap penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara umum terdapat dua criteria yang digunakan oleh para pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu, 'outcome' atau 'output' dan proses.

Levine dan Lezotte(1990) melihat sekolah berkesan dari segi hasil yang dikehendaki(outcome). Edmonds (1979) mendefinasikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari kesaksamaan(equity). Mengikut beliau keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan anak-anak kurang beruntung yang menguasai akademik yang sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya.

Rowan(1983) pula menyarankan empat cara mengenal pasti sekolah berkesan;

1. Menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih daripada median kebangsaan.
2. Analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah meningkatkan dari semasa ke sekolah.
3. Skor yang meningkat bagi sesuatu kohort.
4. Pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.

Menurut Sergiovanni(1987) juga mendefinasikan sekolah berkesan berasaskan peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan kriteria untuk mengukur keberkesanan seperti berikut:

1. Peningkatan skor ujian.
2. Penigkatan dalam kehadiran.
3. Pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah
4. Pertambahan peruntukan masa untuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan sejarah.
5. Penglibatan komuniti dan ibu bapa.
6. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
7. Ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru.
8. Sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa.

Pengertian sekolah berkesan menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicerminkan melalui berbagai-bagai anugerah yang diberi kepada sekolah pada peringkat negeri dan juga pada peringkat kebangsaan.

Dalam konteks negara Malaysia, pengertian sekolah berkesan mestilah berlandaskan aspirasi yang termaktub dalam FPN, dan dalam Wawasan 2020. Kriteria yang digunakan adalah seperti berikut:

1. Konsep kesaksamaam dipraktikkan sepenuhnya. Ini bermakna pelajar kurang beruntung diberi peluang meningkat dalam semua aspek perkembangan melalui program pengayaan bagi mereka.
2. Negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum. Sekolah yang berkesan secara sengaja memupuk perpaduan melalui kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, amalan-amalan yang menggalakkan rasa hormat menghormati dan kerjasama antara satu dengan yang lain.
3. Jika terdapat kanak-kanak istimewa di sekolah, kebajikan dan perkembangan mereka yang seimbang dan interaksi sosial mereka dengan pelajar lain di sekolah perlu diberi perhatian.
4. Sekolah memainkan peranan yang berkesan dalam melibatkan ibu bapa, bukan hanya melalui PIBG tetapi juga melalui usaha bersendirian dan berkelompok yang melibatkan guru,pelajar,ibu bapa, komuniti dan pengetua. Sekolah yang berkesan terbuka kepada cadangan dan bantuan rakan kongsinya.
5. Sekolah tidak lagi mengamalkan amalan yang membeza-beza dan melabel pelajar.
6. Sekolah benar-benar mengamalkan konsep sekolah penyayang, iaitu guru mengambil berat tentang keperluan semua pelajar dan melibatkan mereka dalam hal-hal yang berkaitan kepentingan mereka sendiri.
7. Sekolah menjalankan program pembaikan sekolah mengikut keperluannya dan wawasan warganya, mengikut acuannya sendiri.
8. Sekolah yang guru-gurunya tidak berasa tertekan, malah seronok membantu menjayakannya.
9. Sekolah yang menggalakkan muridnya menjadi kreatif, berfikiran kritikal, penyayang, mengikut ajaran agama dan mempunyai kesedaran sivik dan tinggi.
10. Sekolah yang menggalakkan budaya belajar bagi semua warganya, termasuk guru dan ibu bapa.

Ciri-Ciri Sekolah Berkesan


Kajian-kajian tentang keberkesanan sesebuah sekolah banyak dilakukan di negara-negara Barat terutama Amerika Syarikat. Dalam 'Projek Kajian Keberkesanan Sekolah Connecticut" (shoemaker,1982),gauthier(1982) dan Villanova(1984) telah merumuskan beberapa ciri sekolah yang berkesan iaitu;

1. Persekitaran sekolah yang selamat.
2. Misi sekolah jelas dan kakitangan mempunyai tanggungjawab bersama.
3. Hubungan sekolah dengan inu bapa yang bersifat positif.
4. Pelajar ada hasrat meningkatkan pencapaian akademik melalui kemudahan pengajaran yang ada. Mementingkan penggunaan masa.
5. Guru-guru menaruh harapan yang tinggi supaya semua pelajar mempunyai kemahiran asas yang cukup.
6. Guru mempunyai daya kepimpinan dalam pengajaran.


Manakala Purkey dan Smith(1983), membuat satu kajian secara literature, dan mendapati 13 ciri sekolah berkesan. Purkey dan smith telah membahagikan 13 ini kepada dua struktur, antaranya strutur pertama terdapat sembilan cirri sekolah yang berkaitan dengan strutur organisasi , dan strutur kedua terdiri daripada empat cirri yang berkaitan dengan pembolehubah proses, yang berhubungkait pula dengan budaya dan iklim sesebuah sekolah.

Purkey dan Smith melihat strutur organisasi adalah:

1. Penekanan kepada pengurusan dan membuat secara demokkratik.
2. Kepimpinan pengajaran yang kuat diberikan oleh guru besar atau pengetua atau guru-guru lain.
3. Kestabilan staf.
4. Penekanan kepada kurikulum dan pengajaran.
5. Program pembangunan staf di peringkat sekolah.
6. Penglibatan dan sokongan ibu bapa.
7. Pengiktirafan tentang kejayaan akademik.
8. Penggunaan masa yang berkesan, melibatkan lebih masa kepada pelajaran akademik dan kurang kepada aktiviti-aktiviti bukan akdemik.
9. Sokongan daripada pejabat pendidikan daerah.

Abdul Karim bin Mohd.Nor (1989) yang membuat kajian terhadap empat buah sekoalh menengah luar Bandar mendapati 12 ciri institusi yang membezakan sekolah berkesan dengan sekolah tidak berkesan. Ciri-ciri- tersebut ialah;

1. Kemahiran kepimpinan pengetua.
2. Persepsi peranan pengetua.
3. Pengalaman sebagai pengetua.
4. Strategi pembangunan yang digunakan di sekolah
5. Penglibatan ibu bapa.
6. Jangkaan guru terhadap pelajar.
7. Sikap guru terhadap pelajar.
8. Pandangan guru terhadap sekolah.
9. Disiplin pelajar.
10. Penggunaan pusat sumber sekolah.
11. Persepsi guru terhadap mandat dan arahan kerajaan.
12. Kepuasan guru terhadap pelajar

Dapatan daripada kajian bagi merealisasikan sekolah berkesan mempunyai iklim sekolah yang positif dari keempat-empat dimensi yang dikaji berbanding dengan sekolah yang tidak berkesan.

Kajian oleh Geltener(1981) yang disokong oleh Sweeney(1982), menjelaskan keberkesanan sesebuah sekolah ada kaitan dengan kepimpinan pengetua iaitu.

1. Pengetua - Ahli falsafah
2. Pengetua - Model pendidikan
3. Pengetua - Penyokong pendidikan
4. Pengetua - Rakan sependidikan dengan murid dan ibu bapa
5. Pengetua - Orang yang memulakan perubahan pendidikan,inovasi sekolah dan action research

Budaya Sekolah Berkesan

Kajian-kajian sekolah berkesan telah mengenal pasti beberapa ciri-ciri budaya sekolah berkesan. Sekolah-sekolah berkesan mempunyai elemen-elemen budaya seperti berikut;

1. Nilai-nilai yang kukuh yang mendorong persekitaran yang selamat,kondusif untuk belajar dan bebas daripada masalah disiplin atau vandalisma.
2. Jangkaan yang tinggi, terhadap tiap-tiap pelajar dan guru, kepercayaan bahawa semua orang boleh berjaya.
3. Kepercayaan bahawa kemahiran-kemahiran asas perlu diperolehi oleh semua pelajar.
4. Kepimpinan yang kukuh dan kepercayaan kepada kepentingannya.
5. Kepercayaan bahawa sekolah boleh memupuk perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran, kurikulum ,organisasi pembelajaran dan amlan sekolah yang peka kepada keperluan pelajar pelbagai kebolehan, budaya, latar belakang sosioekonomi, dan tahap keistimewaan.
6. Usaha yang gigih untuk menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang bukan sahaja pelajar terlibat dalam proses pembelajaran tetap guru, pentadbir, ibu bapa juga terlibat dalam pembelajaran berterusan.

Norma Sekolah Berkesan

Sekolah berkesan mempumyai norma-norma yang tertentu yang dibina oleh warganya bersaskan nilaii dan kepercayaan warganya tentang apa yang dianggap penting, dan menjadi cara hidup sekolah. Stoll dan Fink(1996) membincangkan norma-norma yang berikut:Matlamat bersama 'kita tahu arah kita'Warga sekolah-sekolah yang berkesan mempercayai bahawa setiap anggotanya mesti memahami matlamat dan mempunyai visi yang sama terhadap apa-apa yang hendak dicapai oleh sekolah. Jika tidak wujud kesefahaman ini, maka guru akan mengejae matlamat yang masing-masing dan begitu juga pelajar.Bertanggungjawab atas kejayaan 'kita mesti berjaya'Kepercayaan bahawa semua orang boleh menberi sumbangan dan berjaya adalah norma kedua sekolah berkesan. Pihak seklah yang berkesan mempunyai harapan yang tinggi terhadap murid dan gurunya, dan percaya bahawa sekolah boleh membantu meningkatkan pencapaian murid. Jika budaya sekolah diasaskan dengan kepercayaan bahawa factor-faktor luar seperti baka murid, dan latar belakang sodial murid mempengaruhi pencapaian mereka,maka sukarlah bagi mereka untuk berjaya. Yang penting ialah guru, murid, pentadbir dan ibubapa mempercayai bahawa sekolah boleh memainkan perananan yang meningkatkan kecemerlangan murid. Kesejawatan'kita akan bekerjasama'Kesejawatan ialah keadaan wujudnya perasaan kekitaan, bekerjasama dan tolung-menolong di kalangan warga sekolah.

Pihak sekolah berkesan menggalakkan guru-gurunya melakukan kerja-kerja secara bersama melalui 'team teaching',kajian tindakan, merancang,memerhatikan pebgajaran antara satu sama lain, memberi tindak balas, dan sebagainya. Dengan cara ini, guru mempuntyai perasaan kekitaan dan meningkatkan kepercayaan pada diri sendiri atau rakan sekerja.Perkembangan yang berterusan'kita akan sentiasa berusaha'Pihak sekolah berkesan percaya bahawa kecemerlangan itu bukanlah suatu keadaan yang muktamad. Setiap anggota perlu berusaha untuk menjadi lebih cemerlang.Belajar seumur hihup'semua orang boleh belajarBagi sekolah berkesan, seseorang itu perlu sentiasa meningkatkan ilmu mereka. Guru-guu juga digalakkan supaya sentiasa meningkatkan ilmu dari semua segi aspek kerjanya. Mengambil risiko'kita belajar dengan mencuba sesuatu yang baru'Mencuba kaedah-kaedah baru adalah asas penting bagi sekolah yang berkesan.Pihak sekolah sanggup menghadapi risiki dengan sentiasa mencuba kaedah-kaedah baru bagi menyelesaikan masalah. Kegagalan dianggap sebagai penggerak terhadap usaha-uasa untuk mencuba kaedah-kaedah yang lain.Sokongan 'sentiasa ada orang yang akan membantu;Menghormati satu sama lain,'tiap-tiap orang boleh menyumbang,Keterbukaan'kita boleh bincangkan perbezaan pendapat'.Merayakan dan kejenakaan'kita berasa seronok dengan diri sendiri'.

Peranan Pengetua Di Sekolah Berkesan
Nilai-nilai keperibadian


Kata Mao tze Tung,seorang pemimpin yang berkesan adalah"jinak seperti kucing dan garang seperti harimau.' Dalam konteks ini, pengetua atau guru besar yang berkesan adalah mereka yang mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Ada masanya pengetua memerlukan ciri-ciri watak dan perwatakan yang lembut dan mesra social dan ada kalanya dia memerlukan personality yang tegas dan garang.

Merangka Matlamat-matlamat dan sekolah memperjelaskan matlamat-matlamat sekolah

Dirujuk kepada peranan guru besar dalam menentukan penumpuan pencapaian matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang ada di sekolahnya.Sekolah berkesan biasanya mempunyai matlamat dan misi yang jelas dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik pelajar. Tenaga staf dan sumber-sumber yang lain di sekolah digemblengkan dan dijana bagi mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan.

Menyelia dan dan menilai pengajaran

Tugas utama pengetua di sekolah berkesan bertanggunjawab untuk memastikan matlamat- matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan pengajaran di bilik darjah oleh guru-guru. Ia dilakukan dengan memberi sokongan dan melalui penyeliaan secara tidak rasmi pengajaran guru-guru di bilik darjah.(Lipham,1981;Levine,1982)

Pemantauan Kemajuan Akademik Pelajar

Guru besar boleh memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkan kemajuan pelajar, menggunakan markah ujian untuk membuat keputusan tentang penyelesaian masalah pelajar di sekolah.Guru besar juga boleh menganalisis dan mentafsir data keputusan peperiksaan secara terperinci dengan guru-guru mata pelajaran dalam bentuk yang ringkas dan padat

Mengawal dan melindungi Waktu Pengajaran

Pengetua perlu mengadakan dan menguatkuasakan polisi mengawal dan melindungi waktu pengajaran di sekolah dari sebarang gangguan .-
Selalu menjaga kesihatan di kawasan sekolah dengan memperuntukkan masa untuk membuat rondaan di bilik darjah.

Intensif kepada guru

Pengetua seharusnya memberi intensif atau pujian serta penghargaan kepada guru yang berhak menerimanya.

Menyediakan ganjaran untuk pelajar

Pengetua bertanggunjawab dalam kepimpinan pengajaran adalah untuk memajukan dan meningkatkan pembelajaran melalui pemberian ganjaran kepada pelajar dan memberangsangkan pelajar untuk lebih berusaha memajukan pencapaian akademik mereka..Guru besar berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah dan pencapaian akademik dihargai dan dipentingkan.

Peranan Guru

Guru sentiasa menambahkan ilmu, mengikutui perkembangan senasa dan menjadi medel yang terbaik kepada guru.sentiasa menyampaikan ilmu bersedia merancangkan unit-unit pengajaran, memotivasikan dan menilai murid dari semasa ke semasa. Guru harulha membimbing dan menyelesaikan masalah murid secra individu sebagai seorang kawan, ibu bapa.

Guru menjadi pentadibir dan mengurus kelas untuk kemudahan pengajaran supaya pelajar menjadi disiplin.Guru juga menjadi fasilitaor supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memotivasikan pelajar . Memberi peneguhan dan ganjaran dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai guru di sekolah berkesan perlu membuat penilaian yang berterusan ,baik yang berkaitan dengan akademik mahupun bukan akademik.

Peranan Pelajar

Pelajar sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah kearah mencapai pencapaian akademik yang baik. Pelajar-pelajar di sekolah berkesan mempunyai tahap disiplin yang tinggi kerana kejayaan akademik memerlukan sikap-sikap positif seperti bertanggungjawab dan rajin berusaha. Pelajar di sekolah sentiasa menyokong cita-cita sekolah khasnya memajukan perkembangan budaya sekolah baik dari segi fizikal mahupun sosial.

Peranan Ibu Bapa Dan Masyarakat

Ibu bapa di sekolah berkesan juga memiliki nilai-nilai yang seperti berikut dalam menyumbangkan ke arah pendidikan yang cemerlang.

Ibu bapa bekerjasama dan selalu mengmbil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di sekoalah. Ibu bapa selalu mengawasi perkembangan anak-anak dengan berhubung dengan guru dan pihak sekolah. Ibu bapa juga sentiasa menyarankan pelbagai idea kepada pihak sekolah sekiranya ada perjumpaan rasmi dan tidak rasmi. PIBG di sekolha berkesan bergiat aktif dan menyelesaikan masalah salah laku pelajar dan membantu mencari sumber kewangan bagi pihak sekolah.

Persekitaran sekolah

Kawasan sekolah yang cantik ,bersih dan menarik.Keceriaan merupakan salah satu aspek terpenting dalam sekolah berkesan. Selain bilik darjah juga amat memberangsangkan belajar dan mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kesimpulan

Sekolah berkesan mempunyai ideology yang jelas dan murni yang membandingkan organisasinya dari tekanan-tekanan luar yang kuat dan tidak dapat dipastikan. Sekolah Berkesan adalah tanggungjawab semua pihak. Pendekatam yang bersepadu dan bersinergi adalah kritikal untuk menghasilkan kecemerlangan yang diharapkan. Sekolah berkesan akan mewujudkan rentetan positif yang akan memberi manfaat kepada semua pihak. Justeru itu, semua sekolah mestilah berusaha dan istiqamah untuk melahirkan sekolah-sekolah berkesan.

BIBLIOGRAFI

Amir Hasan Dawi,1999. Penteorian Sosiologi dan Pendidkan. Tangjung Malim: Quantum Book.
Scheerens, J 1989. Effective Schooling: Research, Theory and Practise.London: Cassel.
Abdul Shukor Abdullah 1998. Fokus Pengurusan Pendidikan K.L: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sharifah Md.Nor, 2000 . Keberkesanan sekolah: Satu Perpektif Sosiologi.
Mohd.Salleh Lebar,1998 . Pengenalan Ringkasan : Sosiologi dan Pendidikan .Selangor: Thinkers Library SDN.BHD.

Sumber: http://tuanmat.tripod.com

Comments :

1
galynahdaigneault said...
on 

A1,TIN: Titanium headers | Titsanium Arts
A1,TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, ecm titanium TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, titanium sunglasses TIN, titanium alloy nier TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, titanium ion color TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, TIN, babyliss titanium flat iron TIN, TIN, TIN,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...