GURU DILARANG BERCAKAP POLITIK DISEKOLAH

GURU DILARANG BINCANG HAL POLITIK DISEKOLAH
Jump to Comments
Oleh Azida Shaharuddin
azida@nstp.com.my
Tindakan dikhuatiri boleh jejas tumpuan didik pelajar

JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran menasihatkan kira-kira 360,000 guru seluruh negara supaya tidak membincangkan isu politik ketika di sekolah kerana dikhuatiri menjejaskan tumpuan dalam melaksanakan tugas memberi pendidikan kepada pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata tugas guru adalah memberi tumpuan penuh kepada pelajar sekolah dan bukan berkelakuan seperti seorang penganalisis politik

Sebagai guru, beban kerja sudah cukup berat untuk mendidik generasi muda. Kita tidak mahu guru terganggu atau terpesong dengan apa yang berlaku dalam politik sekarang.

“Justeru, saya tidak mahu mereka membincangkan isu politik di kawasan sekolah terutama di kantin,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan, di sini semalam.

Razali berkata, kerajaan memperuntukkan RM31 bilion menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kepada sektor berkenaan dengan guru seharusnya menyedari tugas mereka memastikan transformasi murid dalam bidang akademik, kurikulum dan sahsiah, dapat dilaksanakan selaras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) kementerian.

Comments :

0 comments to “GURU DILARANG BERCAKAP POLITIK DISEKOLAH”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...