INILAH NASIB CIKGU, SIAPA NAK BELA ?


KANGAR - Gara-gara tidak berpuas hati dengan tugasan kerja yang diberikan, dua pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa bertindak di luar batasan membelasah seorang guru wanita.

Pelajar tingkatan dua berkenaan dipercayai telah menendang dan memukul guru Sivik dan Geografi, Azhana Ibrahim, 27, pada pukul 10 pagi semalam. Menurut Azhana, dalam pergelutan itu, dia cuba mempertahankan diri selepas dua pelajar itu menyerangnya. Ceritanya lagi, kejadian itu berlaku selepas pelajar itu menulis perkataan kesat dalam buku tugasan yang diserahkan kepada guru tersebut.

"Pelajar itu gagal menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka sejak beberapa minggu lalu dan hanya menghantar kepada saya hari ini (semalam) selepas diminta berulang kali. "Bagaimanapun saya terkejut apabila terdapat perkataan kesat pada buku tugasan tersebut dan pelajar itu bercakap kasar serta kurang sopan sebelum menyerang saya," dakwa guru itu di sini semalam.

Guru yang berasal dari Perlis itu berkata, beliau kemudian melaporkan kejadian kepada Penolong Kanan Sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kangar. Jelasnya, beliau membuat laporan polis kerana bimbang diancam kedua-dua pelajar terbabit. "Selama lima tahun berkhidmat sebagai guru, ini adalah kali pertama saya diserang,'' ujarnya.

Menurut dari seorang pelajar Tingkatan 3, beliau mengaku bahawa sekolah ini sudah lama menjalani tabiat bergaduh. Ini kerana pengetua dari sekolah itu, kurang mengambil tindakan. Ini mendatangkan kemarahan semua pihak.
Di Semak Isu Malaysia Pada 1:01 AM 1 Komen
Labels: Manusia Sekarang, Pelik Tapi Benar

Comments :

0 comments to “INILAH NASIB CIKGU, SIAPA NAK BELA ?”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...