Mengapalah anak-anak muridku di hadapanku ini suka sangat meniru dalam peperiksaan. Tidak sah sesuatu peperiksaan itu kalau tak meniru. Kalau tidak meniru rakan sebelah-menyebelah, mereka meniru daripada kertas-kertas nota yang sengaja dibawa masuk ke bilik peperiksaan. Pantang guru menundukkan kepala, maka berpusinglah kepala mereka sehingga 360 darjah menjenguk jawapan rakan-rakan. Tertekan juga aku dibuatnya berhadapan dengan anak-anak murid kaki meniru ini. Mungkin salah satu sebab guru mengalami tekanan mental (a.k.a gila) agak-agaknya kerana kelakuan pelajar yang sangat suka meniru ni. Sekali kena tegur, sekali berhenti, kemudian melakukannya lagi. Yang peliknya, rakan yang ditiru itu, bukannya pelajar yang pandaipun…. 2 X 5 juga. Tertekan ni!!
Apalah gunanya kalau sekadar untuk mendapatkan markah ujian yang tinggi tetapi gagal dalam peperiksaan sebenar. Sesungguhnya, sedarlah anak-anakku, meniru itu menipu namanya, dan hukum menipu sudah pastilah haram dan berdosa sebagai mana hadis yang berbunyi,
“Barang siapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” [Hadith riwayat Al-Bukhari].
Hadis yang lain, yang bermaksud; “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah baginda, ”Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: “Kena hujan”. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! Barang siapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)” (Riwayat Muslim, 1/99)
Amat malang, gejala meniru yang hanya memberi keuntungan semasa di dunia ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari bahawa perbuatan mereka akan disoal pada hari kemudian. Sekiranya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti hasil daripada aktiviti meniruini, kemudiannya mendapat pekerjaan, saya bimbang tanpa tanpa kita sedari kita telah termakan yang haram. Saya tidak berhajat untuk menjustifikasikan perbuatan itu dari segi hukum syara’ kerana segalanya jelas. Mengambil manfaat dari usaha orang lain itu adalah kebatilan yang dicegah Islam dalam konteks muamalah kita sesama manusia.
Meniru sudah jadi kebiasaan sehingga ia melekat sebagai tabiat kepada sesiapa sahaja. Yang beragama, yang biasa-biasa, pelajar sekolah Arab, atau di sekolah berasrama penuh, meniru sudah secara senyapnya diterima dan dianggap biasa, tidak lagi dianggap satu dosa!!
Blog Cikgu Fariza Nurbaya
Meniru itu berdosa
Rosli Ab.Ghani, Wednesday, April 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment