Soalan:
SAYA gadis berusia 18 tahun dan menuntut di Tingkatan Enam. Saya jatuh hati dengan seorang guru sejak Tingkatan Empat. Guru itu sudah berkahwin dan isterinya juga guru di sekolah saya. Mulanya saya cemburu dengan isterinya tapi melihat dia bertudung labuh, baik dan sopan rasa cemburu itu hilang. Namun, saya masih menaruh hati dengan suaminya dan saya keliru dengan semua ini. Saya sukakan guru lelaki itu kerana dia memahami dan mempunyai ciri lelaki idaman yang tidak ramai lelaki memilikinya. Saya pernah menulis surat cinta kepadanya meluahkan isi hati tetapi dia menunjukkan reaksi yang saya fahami, iaitu tidak mampu menerimanya. Saya melepaskan rindu padanya dengan menghantar mesej istimewa walaupun tahu harapan untuk dibalas sangat tipis. Saya tak dapat lupakan dia. Umi. Saya cuma minta tolong jelaskan, apa sebenarnya perasaan orang yang sayangkan seseorang dengan ikhlas?
Cuba Selesaikan Masalah ni
Rosli Ab.Ghani, Wednesday, April 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment