LUAHAN HATI PELAJAR

Cikgu-Cikgu selalu beri tugasan(Homework) kepada pelajar semasa cuti semester atau pertengahan semester bertujuan untuk pelajar ini membuat ulangkaji sendiri dirumah agar tidak lupa pelajaran yang diajar bila buka cuti nnti TAPI tahukah tuan/puan cikgu / cikgi pelajar ni pun mengeluh juga ...LUAHAN HATI PELAJAR


gua tahu cuti cuti ni ramai pelajar dapat assignment, biasa la tu.semua cikgu macam tu, tak kira cikgu sekolah rendah ke menengah ke pensyarah universiti ke. ape ke?

assignment ataupun lebih dikenali kerja rumah dikalangan kanak kanak seperti sfx merupakan satu sumpahan kepada para pelajar di negara kita. ianya adalah sesuatu yang boleh dikira sebagai mencabuli hak asasi percutian kanak kanak.

macamana boleh tergamaknya seseorang guru/pensyarah memberikan kerja sekolah/assignment yang membebankan kepada pelajar untuk disiapkan pada waktu cuti. mengikut perkiraan gua, cuti sekolah ni tujuannya supaya pelajar boleh merehatkan diri dan melupakan seketika tekanan belajar. kalo dah kerja rumah banyak macam tu, rilek ape kebendanya???

gua masih ingat lagi, masa tu akhir tahun darjah 5.. gua terpilih masuk kelas bestari (kelas buruh kasar) belum mula pun lagi sesi bagi tahun 6, gua dan dapat ole ole dari cikgu BM gua iaitu 30 karangan berbagai format. ya memang macam sial! gua siap tapi sekerat, 10 je siap. gua kena penampar, tapi takpe… gua puas mempertahankan hak gua sebagai pelajar. gua bangga 10 yang gua buat tu, datangnya dari keikhlasan nak belajar time cuti, bukannya macam beberapa ekor pelajar tiru dari buku rujukan. ada siap tiru buku spm tu, lol!!

dan sekarang gua dah masuk universiti, gua masih lagi dihantui kerja kerja rumah ni atau dalam bahasa yang UP sket, assignment. tapi bagi gua takde ape yang pelik pun, buat satu hari bleh siap semua.cuma masalah sekarang pelajar pelajar kita ni malas. buat kerja last minute, tak geti membahagi tugas, takde leadershitship (kalo berkumpulan) tu la kerja jadi kantoi!! last -last tension. pukul member, pukul diri sendiri,bising sana bising sini, dok cerita dia belajar susah..banyak assignment wkakwkawka!!

semua ini mungkin disebabkan oleh pengalaman masa lampau pelajar pelajar ini, mereka telah diberikan kerja sekolah yang banyak oleh guru mereka. maka terbentuklah satu sifat dan naluri memberontak untuk tidak menyiapkannya. mereka membina skill “meniru”. mereka mencipta teknik “copy and paste” dan mereka rasa “assignment tu satu benda yang senang, esok nak hantar baru buat”. tapi mereka silap.

ades ape gua mengarut ni… sekian saja sesi kajian psikologi penderaan mental terhadap pelajar. lindungan kanak kanak, tegakkan hak asasi percutian, kurangkan kerja sekolah. aman malaysia

Comments :

0 comments to “LUAHAN HATI PELAJAR”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...