Sesuaikah ungkapan 'guru ibarat lilin'? Itulah stigma yang berada dalam minda kita dari zaman persekolahan hingga kini bergelar guru. Namun diketika ini pemikiran yang ada agak keliru terhadap tanggapan umum tersebut. Memang benar, hebat ungkapan itu yang melambangkan pengorbanan dan perit jerih seorang guru di dalam mendidik anak bangsa. Persoalannya, wajarkah guru mengorbankan segala demi kerjaya murni ini tanpa memikirkan tentang tanggungjawabnya terhadap keluarga, terhadap anak-anak dan yang paling penting tanggungjawab kita kepada Tuhan. Kita akan mengatakan tidak wajar dan ingin menjadi insan yang seimbang kepada semua tanggungjawab yang dipikul. Tetapi lihatlah disekeliling kita, ada kawan sahabat handai yang hebat sebagai guru,pentadbir di sekolah mahupun di PPD ,JPN ataupun di Kementerian yang mana mereka ini terlalu terbeban dengan tugas yang di jawatnya. Kesian juga apabila melihat anak-anak kadang kala nak berjumpa dengan ibu ayah mereka pun sukar akibat kesibukan sama ada dengan mesyuarat, seminar, kursus dan pelbagai lagi program. Inikah pengorbanan seorang guru yang dimaksudkan? Bukan tidak ada kajian tentang beban tugas guru yang semakin membarah ini namun siapa yang peduli...siapa yang simpati? Jika ada pun yang bersetuju tindakan selanjutnya entah bila hendak dimulakan. Jauh dilubuk hati ini terfikir berbagai hal berkaitan dengan karenah dari A ke Z... tapi siapalah aku... hanya seorang guru pedalaman yang tidak mampu mengegarkan 'Pucuk Tualang'. Guru dahulu disanjung akan kehebatan ilmu dan iltizamnya kerana jiwa mereka sepenuhnya berfokuskan kepada tugas, tapi kini fokus guru banyak terganggu dengan kehendak dan tuntutan pelbagai yang kadangkala mematahkan semangat hendak mengajar. Ada juga perkara dan maklumat yang diminta itu berulang kali telah dihantar dan itu membiolkan otak sesiapa pun yang hidup pada zaman yang secanggih ini. Berbalik kepada tajuk yang aku entry ini... Pada 16 Mei lepas aku berjumpa seorang guru yang telah berpencen pilihan, sempat juga aku ucapkan Selamat Hari Guru kepadanya. Di dalam bersembang aku bertanyakan keadaan beliau sekarang, katanya seronok dengan hari yang dilaluinya tanpa beban kerja seperti dulu. Ada satu perkara yang menarik untuk kita sama-sama renungkan ialah apabila beliau menceritakan sewaktu masih bertugas, anaknya ada bertanya beliau betapa tidak 'best' nya duduk di rumah kerana ayah selalu tak ada di rumah menjalankan tugas rasmi diluar dan komitmen di sekolah. Lalu dia bertanya sendiri, tak cukupkah duit yang diberi selama ini? Akhirnya terfikir olehnya akan kealpaannya terhadap tanggungjawab di rumah ekoran kesibukan menjalankan tugas sebagai 'cikgu'. Jadi atas sebab itulah beliau memikirkan untuk bersara lebih awal bersama beberapa sebab yang lain. Lalu terlintas dalam benak aku "Adakah guru masih menjadi mampu menjadi lilin di zaman ini?"
Bicara seorang guru
Aku Tak Mampu Menjadi 'Lilin'
Rosli Ab.Ghani, Saturday, June 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment