BODEK DAN AMPU

Dalam sebuah organisasi seperti sekolah ada guru atau kakitangan yang suka mengampu dan membodek bos sehingga kadangkala cerita yang disampaikan kepada bos adalah berbeza dari yang sebenarnya , hanya dia saja lah yang buat kerja itu dan ini orang lain tu tak pandai buat kerja sampai kerja orang lain buat oun dia kata dia yang buat , malang sungguhlah orang yang macam ni tak tahu malu .Sepatutnya bila bergelar cikgu perkara ini tak akan berlaku tapi inilah realitinya.

Ada yang berlakon depan bos bersikap baik tapi belakang bos dia yang paling menghentam bos sambil memancing orang lain supaya turut sama bantai bos , alih-alih dia pi repot kat bos sianu telah cakap itu ini yang tak baik kepada bos, dalam kes ni bos pun dua kali 5 juga patutnye selidik dulu.

kalau aku yang jadi bos ,orang yang macam ni aku sapu dulu - orang macamni ialah parasit organisasi

Macam aku, aku jenis yang suka cakap terus terang. Kalau aku tidak suka, atau aku tidak bersetuju, aku akan suarakan. Sebab aku tiada kepentingan politik. Aku tidak perlu cium bontot sesiapa. Aku tahu keupayaan aku, dan aku tahu orang akan perasan apa yang aku boleh buat.bagi aku dalam kerja kita mesti profesional dan boleh membezakan antara kerja dengan hubungan sesama manusia, sesama kawan kita adalah kawan dan tak boleh mengambil kesempatan untuk memburuk kawan dan sebagainya didepan bos.

Elok juga cerita ini dijadikan renungan kepada semua guru dan staf disekolah yang dipetik dari blog cikgu

Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat.

Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya.

Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan."

Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."

Comments :

0 comments to “BODEK DAN AMPU”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...