Oleh WAHID HASHIM
pendidikan@utusan.com.my
SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.
Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.
Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.
Seperti kata Abraham Lincoln: ''Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara."
Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.
Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan 'kepala-kepala' persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!
Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).
Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.
Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.
Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?
Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.
Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.
Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.
Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.
Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai'ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai'ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai'ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin 'dipencenkan' lebih awal.
Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.
Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.
Posted by Civil Servant at 8:56 PM 6 comments
KOMEN KOMEN KOMEN KOMEN JANGAN TAK KOMEN
Anonymous Anonymous said...
hayati kartun harian metro 3/4/2010..pernah saya menghantar pelajar balik ke rumah, mak bapak berterimakasih pun tidak..sekarang ni jgn harap nak layan guru mcm babysitter..di sekolah ada bilik rawatan, jadi sakit pening, berehat lah tunggu mak bapak masing2 ambik.kalau kecemasan sgt, panggil ambulan.kami para guru, takda masa nak jaga kesihatan anak orang yg mak bapak sendiri tak concern. hanya kerana seorang yg sakit, tinggal kelas 20-35 murid ni lagi..kalau nak bagi komen, fikir dgn kepala otak sikit. mari turun tengok sekolah anak engko..ntah2 datang mesyuarat PIBG pun tidak, suruh bini yang pergi..kalau berlaku apa2 semasa penghantaran pelajar, semua adalah ditanggung guru..engkau nak komplen, engkao komplen kat kerajaan supaya kerajaan buka mata (and they already have)..kalau nak service 1st kelas hantar anak engkau ke private school, because you paid for it. we, the government teachers, we don't get paid sending ungrateful students and parents.
April 4, 2010 12:23 AM
Anonymous Anonymous said...
pak long, kalo cemburu sangat dgn gaji guru pedalaman ni, meh la datang pedalaman...gaji besar tu, seksa sket je...dok rase dulu baru bleh komen. saya guru pedalaman (P2) di sekolah, nek bot xde safety vest, jumpe buaya sana sini, nak bawa barang pun susah, takla macam awak tu bleh bawa keta gi skola....haa, meh test dulu ngaja kat sini. hehehehehe.......jangan nak dengki sangat, mak naik gaji lebih, sambung PJJ pastu dok pedalaman, baru gaji kita fair...ye tak?
April 4, 2010 12:29 AM
Blogger FROZENinHELL said...
inilah dia org yg tidak melihat realiti guru.. guru bukan saje mengajar malah gurulah menjadi kerani, ahli psikologi, menghias sekolah, jurulatih sukan... kalau mau isi sini mmg xboleh.. mcm aku yg di pedalaman, telah eksiden.. syukur belum ajal, kereta rosak teruk, sape nk tanggung?? bila minta gov wat insurans utk guru pedalaman habuk pun takde!! tapi guru pedalaman risikokan nyawa utk ape?? utk duit elaun?? kite mendidik anak2 itu tapi pastikan lah keselamatan kami diutamakan.. pihak KPM sepatutnya tanggungjawab dan prihatin pada guru.. uruskan pengangkutan guru.. jgn lepas tangan.. masih igt kes guru perempuan yg kena rogol ketika tumpang lori utk keluar dari sekolah?? dan guru mati lemas di sungai?? apa guna elaun beribu kalau nyawa dipertaruhkan?? mungking ada yg tak percaya, saya sendiri di sini telah terkena buatan org murut.. itulah sebab utama guru tak mau tinggal di pedalaman.. bukan sbb pengecut tapi sbb sayangkan diri..
April 5, 2010 3:01 AM
Anonymous Anonymous said...
bro buayer, yg 'mencemburui gaji baru' kite cikgu2 ni bukannyer kejer cikgu..cover la geng kiter skit..
April 6, 2010 7:03 PM
Anonymous Anonymous said...
Salam..
saya hormat guru lama saya dan guru2 sekarang.
Kwn bini saya dan saya masa masuk IPTA dulu tak minat pn jd guru ni, tp bila dh keluar Univ dan result ala2 la la latok..dan jd kerani lah, cashier supermarket lah, juru'letih' PLKN dan mcm2 lg..so tup-tup mintak KPLI..ada yg minta sampai 8 kali baru dpt dan punya lah seronok. Dulu masa isi borang Univ tak minta pun nk jd guru..bila keluar Univ baru nk 'menghargai' 'gaji' guru yg tip top condition gitu. Nampak tak ikhlas, sekarang ni pun ada byk lg kwn2 bini saya masih mengharap dpt KPLI atau DPLI.
**yg best nya jd guru ni, kalau Ijazah dgn pendidikan di IPTA (bukan IPG)..kwn saya fail paper it dan repeat, paper IT lain dpt cukup mkn jer..dan buat sampai 10 sem (maksimum sem yg dibenarkan)..dpt juga jadi guru dgn pointer rendah...berbanding kita yg yg bukan bidang pendidikan ni kerja belum tentu walaupun pointer 3.36.
Kalau yg kat IPG lagi dahsyat woo..elaun dapat, yuran ditanggung, penginapan dh bereh deh..cuma pikir nk belajor je jang ooii..itupun ada anak cikgu kt sekolah aku ni tak sedar di untung..minta lg itu ini kat mak bapak sebab katanya tak leh nk belajar, kena ada motor dan laptop..bertuahnyer dia mak bapak mkn gaji besor di sekolah so dpt lah apa yg dihajat..sedangkan elaun IPG dia 'melimpah ruah' tu mana pi ta ntah...
May 9, 2010 8:30 AM
Anonymous Anonymous said...
Saya pun hormat dan berterima kasih sangat2 kepada guru2 saya yang terdahulu terutama sekali guru tuisyen saya yang banyak membantu saya untuk berjaya dalam sesuatu subjek dan tak lupa guru tadika anak saya yang membimbing anak saya tidak kenal penat. Cuma disebabkan segelintir guru terutama guru pada zaman serba maju ini yang sentiasa mendambakan kenaikan gred dan penambahan imbuhan gaji sebagai agenda utama berbanding mendidik anak2 bangsa (saya ulangi segelintir guru sahaja bukan semua). Persoalannya mengapa?Jika dilihat di kawasan kejiranan tempat tinggal saya sahaja (suatu tempat di Selangor) kebanyakan rumah endlot dan cornerlot teres diduduki oleh Guru. Mereka kebanyakan berada di tangga gred DG41 dan berkereta berjenama luar negara.Sedangkan saya dan suami masing2 gred 44 dan 48 hanya menduduki rumah kecil lot tengah sahaja dan berkereta jenama Malaysia.Adakah kerana ingin menjaga status atau bagaimana?Itu yang menjadi persoalan kini..(saya ulangi segelintir guru sahaja bukan semua)
Bila berbual sesama sendiri pula,ada saja rungutan dan keluhan mereka mengenai aktiviti di sekolah hingga terpaksa balik lewat dan bekerja pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah. Bila saya lihat memang kesian tapi tak selalu hari sabtu atau cuti sekolah mereka dikehendaki bekerja. Saya tengok kalo dalam seminggu tu mungkin 2 - 3 hari sahaja kadang2 hari Jumaat malam dah balik kampung dah sampai seminggu (itu melalui pemerhatian di kawasan kejiranan saya sahaja). Saya bersimpati dengan beban guru tetapi beban lain2 penjawat awam pun sama cuma tidak diluahkan dan diperbesarkan. Hari ni saya nak luahkan bahawa saya dan suami paling lewat jam 6.30 pagi setiap hari dah keluar dari rumah (masa tu guru2 di kejiranan saya belum buka pintu rumah lagi). Balik sampai 7.00 malam kebiasaannya kerana meredah jem dan kekadang balik jam 8 atau 9 malam kalo ada projek. Suami pula kekadang tido di ofis atau balik dulu pastu pegi balik ofis sampai jam 1 pagi.Kekadang hari Sabtu dan Ahad pun pegi ofis kalo ada tugas urgent.Bawak balik minit mesyuarat dan paperwork pulak nak buat kat rumah.Kesian anak, sampai dia selalu kata 'mama, dah habis ke buat homework?' Tapi apa nak buat, berkhidmat untuk negara dan nak cari rezeki halal terpaksa juga tempuhi..Jadi saya rasa bebanan kerja tu sama sahaja antara semua penjawat awam..kalo kita tengok Tentera atau polis atau bomba, lebih lagi..hari raya pun x dpt cuti dan kene standby, Doktor dan Jururawat pun sama, kadang2 sampai bergaduh2 nak cuti..Tetapi guru sekurang2nya ada cuti rehat 30 hari,Cuti Sekolah,Cuti Peristiwa, Balik sampai kul 2 lebih bertuah dari penjawat awam lain tapi gaji dan elaun lebih kurang je...
Untuk guru yang berada di kawasan pedalaman saya memang amat memahami dan bersimpati..memang perit hidup mereka tak macam guru2 di bandar..mewah! Letrik kene guna generator sampai jam 12 malam je pastu bergelap..ke sekolah naik sampan,kalo banjir sampai ke muka pintu bilik darjah pun bleh sampai..Makanan beli untuk sebulan di pekan sebab kos pengangkutan ke pekan kos tinggi.. Macam mana saya tahu? Saya hayati kajian yang dibuat oleh suami saya bersama beberapa anggota lain untuk JPA dan dia juga pegi ke sana untuk melihat keadaan sebenar. Mungkin juga kenaikan elaun guru kawasan pedalaman yang diwar-warkan kerajaan sekarang sedikit sebanyak ada kaitan dengan kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh anggota pentadbiran kerajaan yang mungkin selalu tidak disenangi oleh guru iaitu PTD.....(saya ulangi segelintir guru sahaja bukan semua)
Jadi, jom kita semua penjawat awam sama2 berganding bahu, saling bertolak ansur dan bekerjasama demi memartabatkan perkhidmatan awam Malaysia. Banyak fikirkan apa yang kita boleh beri kepada negara bangsa berbanding apa yang negara bangsa boleh beri kepada kita!!!Selamat Maju Jaya..
May 18, 2010 8:47 AM
ADA YANG CEMBURU DENGAN GAJI GURU
Rosli Ab.Ghani, Wednesday, May 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment