BEBAN TUGAS:RAMAI GURU TERDEDAH RISIKO PENYAKIT KRITIKAL

baca seterusnya...

KALAU NAK JADI GURU - CUBA BACA

KEMENTERIAN PELAJARAN PUNCA BEBAN GURU BERTAMBAH

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Ini kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain. Pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid.

Butir-butir ini terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk; `Pandangan dan Syor NUTP; Beban Guru meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini.

Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005, kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru.

Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip dan juruhias.

Ini adalah kali kedua perkara yang sama didedahkan oleh media tempatan. Pada 7 Julai 2005, sebahagian besar media cetak di Malaysia melaporkan bagaimana Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru (JMBTG) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin Buang telah mendapati guru terbabit mengambil masa 74 jam seminggu untuk melaksanakan tugas mereka selain dibebankan dengan tugas mengisi 108 jenis borang.

Guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai golongan `terbeban' kerana terpaksa menghabiskan sebahagian besar masa untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab mereka.

JMBTG juga mendakwa guru menghabiskan 38 hari setahun untuk menghadiri kursus dan latihan berbanding hanya tujuh hari yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada 27 Februari 2005, selepas majlis penutup Program Jatidiri dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Matrikulasi sesi 2004/2005 Kolej Matrikulasi Perak, Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran mendapati guru-guru kini terlalu dibebankan dengan tugas bukan mengajar sehingga menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Beliau tidak mahu guru-guru melakukan kerja bukan dalam bidang tanggungjawab mengajar seperti mengutip derma, kempen nyamuk aedes, menyelesaikan masalah longkang tersumbat dan sebagainya kerana ia cukup membebankan guru.

Beliau juga berjanji bahawa mulai tahun 2005 semua guru dipertanggungjawabkan untuk mengajar dan (urusan-urusan lain) selain itu perlu dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah.

DPPNJ melihat bahawa bebanan tugas berlebihan ini adalah berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan di dalam pentadbiran dan penyelarasan di semua peringkat pentadbiran sekolah.

Jabatan Pelajaran Negeri tidak dapat mengatur masa kursus dengan tersusun sehingga menyebabkan terdapatnya ramai guru-guru di dalam sekolah yang sama terpaksa menghadiri kursus secara serentak di luar kawasan, ditambah lagi dengan keadaan guru yang bercuti dengan pelbagai sebab, justeru tugas yang ditinggalkan terpaksa dipikul oleh guru yang masih berada di sekolah.

Di sekolah pula, pengagihan tugas bergantung kepada kebijaksanaan Pengetua atau Guru Besar. Kebiasaanya Pengetua akan bergantung harap kepada guru yang boleh diharap sahaja sedangkan guru yang malas hanya melakukan tugas mengajar di kelas sahaja.

KPM perlu bertindak secara effisien untuk menyelaraskan semula tugas guru dengan mengambil kira daripada semua sudut. Paling penting tugas utama guru untuk mengajar dan mendidik tidak terganggu disebabkan bebanan tugasan yang di luar bidang kuasa guru. baca seterusnya...

ADA YANG CEMBURU DENGAN GAJI GURU

Oleh WAHID HASHIM
pendidikan@utusan.com.my

SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.

Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.

Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.

Seperti kata Abraham Lincoln: ''Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara."

Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.

Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan 'kepala-kepala' persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!

Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.

Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.

Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?

Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.

Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.

Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.

Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.

Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai'ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai'ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai'ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin 'dipencenkan' lebih awal.

Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.

Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.

Posted by Civil Servant at 8:56 PM 6 comments

KOMEN KOMEN KOMEN KOMEN JANGAN TAK KOMEN

Anonymous Anonymous said...

hayati kartun harian metro 3/4/2010..pernah saya menghantar pelajar balik ke rumah, mak bapak berterimakasih pun tidak..sekarang ni jgn harap nak layan guru mcm babysitter..di sekolah ada bilik rawatan, jadi sakit pening, berehat lah tunggu mak bapak masing2 ambik.kalau kecemasan sgt, panggil ambulan.kami para guru, takda masa nak jaga kesihatan anak orang yg mak bapak sendiri tak concern. hanya kerana seorang yg sakit, tinggal kelas 20-35 murid ni lagi..kalau nak bagi komen, fikir dgn kepala otak sikit. mari turun tengok sekolah anak engko..ntah2 datang mesyuarat PIBG pun tidak, suruh bini yang pergi..kalau berlaku apa2 semasa penghantaran pelajar, semua adalah ditanggung guru..engkau nak komplen, engkao komplen kat kerajaan supaya kerajaan buka mata (and they already have)..kalau nak service 1st kelas hantar anak engkau ke private school, because you paid for it. we, the government teachers, we don't get paid sending ungrateful students and parents.

April 4, 2010 12:23 AM
Anonymous Anonymous said...

pak long, kalo cemburu sangat dgn gaji guru pedalaman ni, meh la datang pedalaman...gaji besar tu, seksa sket je...dok rase dulu baru bleh komen. saya guru pedalaman (P2) di sekolah, nek bot xde safety vest, jumpe buaya sana sini, nak bawa barang pun susah, takla macam awak tu bleh bawa keta gi skola....haa, meh test dulu ngaja kat sini. hehehehehe.......jangan nak dengki sangat, mak naik gaji lebih, sambung PJJ pastu dok pedalaman, baru gaji kita fair...ye tak?

April 4, 2010 12:29 AM
Blogger FROZENinHELL said...

inilah dia org yg tidak melihat realiti guru.. guru bukan saje mengajar malah gurulah menjadi kerani, ahli psikologi, menghias sekolah, jurulatih sukan... kalau mau isi sini mmg xboleh.. mcm aku yg di pedalaman, telah eksiden.. syukur belum ajal, kereta rosak teruk, sape nk tanggung?? bila minta gov wat insurans utk guru pedalaman habuk pun takde!! tapi guru pedalaman risikokan nyawa utk ape?? utk duit elaun?? kite mendidik anak2 itu tapi pastikan lah keselamatan kami diutamakan.. pihak KPM sepatutnya tanggungjawab dan prihatin pada guru.. uruskan pengangkutan guru.. jgn lepas tangan.. masih igt kes guru perempuan yg kena rogol ketika tumpang lori utk keluar dari sekolah?? dan guru mati lemas di sungai?? apa guna elaun beribu kalau nyawa dipertaruhkan?? mungking ada yg tak percaya, saya sendiri di sini telah terkena buatan org murut.. itulah sebab utama guru tak mau tinggal di pedalaman.. bukan sbb pengecut tapi sbb sayangkan diri..

April 5, 2010 3:01 AM
Anonymous Anonymous said...

bro buayer, yg 'mencemburui gaji baru' kite cikgu2 ni bukannyer kejer cikgu..cover la geng kiter skit..

April 6, 2010 7:03 PM
Anonymous Anonymous said...

Salam..
saya hormat guru lama saya dan guru2 sekarang.
Kwn bini saya dan saya masa masuk IPTA dulu tak minat pn jd guru ni, tp bila dh keluar Univ dan result ala2 la la latok..dan jd kerani lah, cashier supermarket lah, juru'letih' PLKN dan mcm2 lg..so tup-tup mintak KPLI..ada yg minta sampai 8 kali baru dpt dan punya lah seronok. Dulu masa isi borang Univ tak minta pun nk jd guru..bila keluar Univ baru nk 'menghargai' 'gaji' guru yg tip top condition gitu. Nampak tak ikhlas, sekarang ni pun ada byk lg kwn2 bini saya masih mengharap dpt KPLI atau DPLI.
**yg best nya jd guru ni, kalau Ijazah dgn pendidikan di IPTA (bukan IPG)..kwn saya fail paper it dan repeat, paper IT lain dpt cukup mkn jer..dan buat sampai 10 sem (maksimum sem yg dibenarkan)..dpt juga jadi guru dgn pointer rendah...berbanding kita yg yg bukan bidang pendidikan ni kerja belum tentu walaupun pointer 3.36.
Kalau yg kat IPG lagi dahsyat woo..elaun dapat, yuran ditanggung, penginapan dh bereh deh..cuma pikir nk belajor je jang ooii..itupun ada anak cikgu kt sekolah aku ni tak sedar di untung..minta lg itu ini kat mak bapak sebab katanya tak leh nk belajar, kena ada motor dan laptop..bertuahnyer dia mak bapak mkn gaji besor di sekolah so dpt lah apa yg dihajat..sedangkan elaun IPG dia 'melimpah ruah' tu mana pi ta ntah...

May 9, 2010 8:30 AM
Anonymous Anonymous said...

Saya pun hormat dan berterima kasih sangat2 kepada guru2 saya yang terdahulu terutama sekali guru tuisyen saya yang banyak membantu saya untuk berjaya dalam sesuatu subjek dan tak lupa guru tadika anak saya yang membimbing anak saya tidak kenal penat. Cuma disebabkan segelintir guru terutama guru pada zaman serba maju ini yang sentiasa mendambakan kenaikan gred dan penambahan imbuhan gaji sebagai agenda utama berbanding mendidik anak2 bangsa (saya ulangi segelintir guru sahaja bukan semua). Persoalannya mengapa?Jika dilihat di kawasan kejiranan tempat tinggal saya sahaja (suatu tempat di Selangor) kebanyakan rumah endlot dan cornerlot teres diduduki oleh Guru. Mereka kebanyakan berada di tangga gred DG41 dan berkereta berjenama luar negara.Sedangkan saya dan suami masing2 gred 44 dan 48 hanya menduduki rumah kecil lot tengah sahaja dan berkereta jenama Malaysia.Adakah kerana ingin menjaga status atau bagaimana?Itu yang menjadi persoalan kini..(saya ulangi segelintir guru sahaja bukan semua)
Bila berbual sesama sendiri pula,ada saja rungutan dan keluhan mereka mengenai aktiviti di sekolah hingga terpaksa balik lewat dan bekerja pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah. Bila saya lihat memang kesian tapi tak selalu hari sabtu atau cuti sekolah mereka dikehendaki bekerja. Saya tengok kalo dalam seminggu tu mungkin 2 - 3 hari sahaja kadang2 hari Jumaat malam dah balik kampung dah sampai seminggu (itu melalui pemerhatian di kawasan kejiranan saya sahaja). Saya bersimpati dengan beban guru tetapi beban lain2 penjawat awam pun sama cuma tidak diluahkan dan diperbesarkan. Hari ni saya nak luahkan bahawa saya dan suami paling lewat jam 6.30 pagi setiap hari dah keluar dari rumah (masa tu guru2 di kejiranan saya belum buka pintu rumah lagi). Balik sampai 7.00 malam kebiasaannya kerana meredah jem dan kekadang balik jam 8 atau 9 malam kalo ada projek. Suami pula kekadang tido di ofis atau balik dulu pastu pegi balik ofis sampai jam 1 pagi.Kekadang hari Sabtu dan Ahad pun pegi ofis kalo ada tugas urgent.Bawak balik minit mesyuarat dan paperwork pulak nak buat kat rumah.Kesian anak, sampai dia selalu kata 'mama, dah habis ke buat homework?' Tapi apa nak buat, berkhidmat untuk negara dan nak cari rezeki halal terpaksa juga tempuhi..Jadi saya rasa bebanan kerja tu sama sahaja antara semua penjawat awam..kalo kita tengok Tentera atau polis atau bomba, lebih lagi..hari raya pun x dpt cuti dan kene standby, Doktor dan Jururawat pun sama, kadang2 sampai bergaduh2 nak cuti..Tetapi guru sekurang2nya ada cuti rehat 30 hari,Cuti Sekolah,Cuti Peristiwa, Balik sampai kul 2 lebih bertuah dari penjawat awam lain tapi gaji dan elaun lebih kurang je...
Untuk guru yang berada di kawasan pedalaman saya memang amat memahami dan bersimpati..memang perit hidup mereka tak macam guru2 di bandar..mewah! Letrik kene guna generator sampai jam 12 malam je pastu bergelap..ke sekolah naik sampan,kalo banjir sampai ke muka pintu bilik darjah pun bleh sampai..Makanan beli untuk sebulan di pekan sebab kos pengangkutan ke pekan kos tinggi.. Macam mana saya tahu? Saya hayati kajian yang dibuat oleh suami saya bersama beberapa anggota lain untuk JPA dan dia juga pegi ke sana untuk melihat keadaan sebenar. Mungkin juga kenaikan elaun guru kawasan pedalaman yang diwar-warkan kerajaan sekarang sedikit sebanyak ada kaitan dengan kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh anggota pentadbiran kerajaan yang mungkin selalu tidak disenangi oleh guru iaitu PTD.....(saya ulangi segelintir guru sahaja bukan semua)

Jadi, jom kita semua penjawat awam sama2 berganding bahu, saling bertolak ansur dan bekerjasama demi memartabatkan perkhidmatan awam Malaysia. Banyak fikirkan apa yang kita boleh beri kepada negara bangsa berbanding apa yang negara bangsa boleh beri kepada kita!!!Selamat Maju Jaya..

May 18, 2010 8:47 AM baca seterusnya...

MENGEJAR KEJAYAAN DALAM SPM & PMR 2010


Peperiksaan SPM dan PMR bakal menjelang tiba tidak berapa lama lagi.Pihak sekolah ,guru-guru dan pelajar tentunya sedang sebok membuat persediaan untuk enghadapinya.tentunya pihak guru lah yang yang paling sebuk bertungkuslumus cuba menghabiskan sukatan dengan mengadakan kelas tambahan pada malam dan hujung minggu.hari-hari cuti guru bayak dihabiskan disekolah, ada guru buat kelas tambahan sambil membawa anak kecilnya kesekolah.
Dalam tempuh 100 hari lagi atau 2-3 bulan lagi nak exam ramai cikgu yang tension apakan tidak nak mencapai target 60% A untu SPM dan 100 A untuk PMR bukan lah satu perkara yang mudah, kalau tak dapat nnti cikgu le yang kena.

Bagi guru tentunya dia nak subjek yang diajarnya mesti dapat A bagi ibu bapa, pengetua, pengarah dan pelajar itu sendiri mesti SEMUA subjek dapat A.

Hinggakan kadang-kadang berlaku pertelingkahan kalangan guru berebut pelajar dan masa , ada juga yang menyamun masa orang/subjek lain demi untuk memastikan subjeknya dapat A subjeknya lah yang susah dan kritikal walaupun subjek nya itu hanya lah subjek spt PSV atau subjek elektif spt tasawur.

Bagi guru dari subjek spt Fizik kimia Biologi dan Mat Tambahan tentunya memerlukan masa yang lebih kerana untuk pelajar memahami subjek tersebut punyale susah buktinya purata GPS bagi subjek ini hanyalah sekitar 3.00 saja.

Maka dibawalah dalam mesyuarat , guru-guru berbincang untuk menyelaraskan masa , walaupun dalam mencuka diberikan lah juga masa yang lebih kepada guru sains/Math dalam program PGG - terima kasih.

Inilah dinamakan Sinergi( Synergy) yang sngat diperlukan dalam menjayakan satu pasukan sekolah untuk mencapai kejayaan dalam SPM /PMR.
Biar saya hur aikan sikit apa itu sinergi

Perkataan sinergi berasal dari bahasa Yunani (Greek) sunergi yang bermaksud cooperation (tolong menolong), dan sunergos yang bermaksud working together
(bekerjasama). Dalam bahasa Malaysia sinergi bolehlah diertikan sebagai,
“Interaksi antara dua ataupun lebih agen atau kekuatan yang melahirkan kesan
yang lebih hebat daripada campuran tenaga agen-agen atau kekuatan itu.”
Dalam bahasa mudah, sinergi bermaksud 1 + 1 = 3.
Mengikut ‘The American Heritage’, Dictionary of the English Language, Fourth Edition (2000) terbitan Houghton Mifflin Company, sinergi dalam bahasa Inggeris bermaksud, “The interaction of two or more agents or forces so that their combined effect is
greater than the sum of their individual effects. Cooperative interaction among
groups, especially among the acquired subsidiaries or merged parts of a
corporation, that creates an enhanced combined effect.”

Tuhan menyebut konsep sinergi dalam surah al-Anfal ayat 65 yang bermaksud,
“Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, mereka dapat
mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di
antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir disebabkan orangorang
kafir itu golongan yang tidak mengerti.”

Sinergi Nabi dan Sahabat
Pada zaman nabi, gabungan tenaga yang dihasilkan oleh jemaah nabi dan para
sahabat adalah amat luar biasa. Apabila sinergi mengikut tokoh-tokoh barat
adalah 1 + 1 = 3, dalam Islam formulanya adalah 1 + 1 = 3 + bantuan Tuhan.

Semasa nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah. Kerjasama dan tolong menolong berlaku dengan baik antara sahabat-sahabat nabi bagi menjayakan penghijrahan nabi. Memandangkan musuh sedang merancang untuk membunuh nabi pada masa itu, nabi mengarahkan Ali untuk tidur di tempat tidur beliau. Strategi ini berjaya kerana pihak musuh hanya menyedari pemergian nabi pada keesokan harinya.
Pada masa yang sama, anak Abu Bakar yang bernama Abdullah merisik berita berhubung strategi musuh di Mekah untuk diberitahu kepada nabi dan Abu Bakar. Asma binti Abu Bakar pula menyediakan makanan. Amir bin Fuhairah ditugaskan menggembala kambing pada siang hari dan pada sebelah malamnya memerah susu untuk dibawa kepada nabi dan Abu Bakar sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Madinah. Dalam perjalanan, nabi dan Abu Bakar bersembunyi seketika di dalam Gua Thur. Mengikut laporan oleh Hafiz bin Asakir, Tuhan mendatangkan bantuannya pada masa itu dengan memerintahkan labah-labah dan sepasang burung merpati liar membuat sarang di pintu gua sehingga tidak ada seorang pun yang meyakini bahawa di dalam Gua Thur pada masa itu terdapat manusia yang sedang bersembunyi.

Itulah cikgu-cikgu sekalian, kita sepatutnya menyedari bahawa semangat sinergi dan teamwork ini amatlah penting untuk mencapai sesuatu kejayaan.Kita mahu kejayaan yang menyeluruh dan pelajar-pelajar kita mendapat SEMUA A dalam subjek semasa SPM atau PMR
Tiada gunanya bagi seorang pelajar kalau 2 -3 subjeknya saja yang dapat A tapi yang lainya dapat C atau D.

PADA HARI INI, konsep teamwork atau bekerja dalam pasukan perlu ditekankan kerana ia adalah unsur penting yang menjamin kecemerlangan dan kejayaan. Sebenarnya, konsep ini bukanlah konsep baru dalam Islam. Ia ditekankan oleh Islam sejak awal dahulu terutamanya dalam usaha menegakkan kalimat Tuhan.

Tuhan menyatakan dalam surah As-Saf ayat 4 yang bermaksud, “Sesungguhnya
Allah menyukai jika perjuangan di jalannya dilakukan (secara tersusun) seperti
satu saf seolah-olahnya mereka merupakan sebuah bangunan yang kukuh.”
Walau bagaimanapun, tolong-menolong dalam Islam ada prinsip dan landasannya. Oleh sebab itu, dalam surah al-Maidah ayat 2, Tuhan melarang umat Islam tolong-menolong dan bekerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan. Sebaliknya, tolong-menolong itu diizinkan hanya dalam aspek kebaikan dan takwa Sepatutnya, umat Islam mengambil pengajaran daripada makhluk halus yang bernama semut kerana Tuhan menurunkan Quran dan di dalamnya terdapat satu surah yang bernama an-Naml. An-Naml bermaksud semut. Di dalamnya diceritakan berkenaan kepintaran semut menilai keadaan pada zaman Nabi
Sulaiman.
Tuhan menceritakan dalam surah an-Naml ayat 18 hingga 19 yang bermaksud, “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, ‘Wahai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari.’ Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu.” Ayat ini menunjukkan sistem komunikasi dan teamwork antara semut amat hebat dan sepatutnya diambil iktibar oleh manusia.

Apabila semut-semut ini melalui sebuah kawasan lapang, tentera-tentera semut akan pergi ke bahagian hadapan bagi menjaga keselamatan semut-semut lain. Apabila mereka melalui parit, mereka membina jambatan semut dengan berpaut antara satu sama lain hingga ke seberang parit. Semut-semut lain akan memijak badan rakan-rakan mereka bagi menyeberangi parit itu. Fakta-fakta ini disebutkan di dalam Insect World 8(6), 1996 (Online).
Apabila wujud sikap bekerja dalam pasukan dengan pe-ngorbanan sebegini rupa, manusia pasti dapat menghasilkan kualiti pelajat yang tinggi dan keputusn peperiksaanya yang daptat menjulang nama. Ia mampu meledakkan perubahan yang hebat sebagaimana yang berlaku pada zaman nabi dan para sahabat.








INFORMATION of ELAKSAMANA baca seterusnya...

SELAMAT HARI GURU KAWAN-KAWAN

baca seterusnya...

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi baca seterusnya...

HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Tema-tema hari guru

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara




GURU OH GURU

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca. baca seterusnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...